Kelab Keluar Kenyataan Pengurus ‘Direhatkan’, BBC Lapor Henry Sudah Tinggalkan Monaco

Monaco telah memecat Thierry Henry sebagai pengurus kelab tersebut selepas hanya mengendalikan 20 perlawanan.

Anehnya, kelab Ligue 1 yang bergelut dengan prestasi itu mengeluarkan kenyataan bahawa Henry direhatkan, namun media Britain, BBC melaporkan langkah tersebut sekadar satu prosedur dan bekas penyerang Arsenal itu sudah pun bertindak meninggalkan kelab.

Monaco buat u-turn?

Untuk mengisi jawatan pengurus bagi menggantikan Henry, Monaco dilaporkan kembali menagih khidmat bekas pengendali, Leonardo Jardim yang sebelum ini turut dipecat oleh Monaco untuk memberi ruang kepada Henry.

Monaco adalah juara Perancis pada 2017, tetapi kini bergelut di zon penyingkiran selepas hanya merekodkan lima kemenangan di semua pertandingan.

MARSEILLE, FRANCE – JANUARY 13: Coach of Monaco Thierry Henry during the french Ligue 1 match between Olympique de Marseille (OM) and AS Monaco at Stade Velodrome on January 13, 2019 in Marseille, France. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Frank Passi yang merupakan pembantu kepada Henry sebelum ini akan mengambil alih latihan di kelab tersebut secara sementara sehingga nama pengurus baharu dilantik.

Passi sebelum ini turut berpengalaman bergelar pengurus interim bersama Marseille dan Lille.

Pengalaman pertama

Ini adalah jawatan sebagai pengurus pertama oleh Henry, setelah pernah bergelar pembantu jurulatih kepada Roberto Martinez bersama skuad Belgium di Piala Dunia 2018.

Beliau sebelum ini juga merupakan antara calon pengurus di Aston Villa, namun memilih untuk menyertai kelab dimana beliau mula bergelar pemain satu ketika dahulu.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dari Henry mengenai pemecatan beliau sebagai pengurus Monaco.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN