Wakil-wakil dari kelab Liga Perdana Inggeis (EPL) akan mengadakan perjumpaan buat pertama kali selaku pemegang taruh Premier League buat pertama kali pada musim ini.
Pelbagai agenda akan dibentangkan termasuk isu-isu semasa berkenaan saingan liga, meliputi teknologi bantuan video pengadil (VAR), pencarian Ketua Eksekutif Premier League yang baharu, dan semestinya tarikh jendela perpindahan yang diubah sejak dua musim lalu.
Selain daripada itu, perjumpaan yang dijadualkan akan berlangsung hari ini itu turut akan dijadikan platform untuk melontar pandangan mengenai peraturan bola terkena tangan, dan offside yang diperkenalkan oleh Lembaga Antarabangsa Persatuan Bola sepak (IFAB) mulai musim ini.
Questions & Answers: HANDBALL OFFENCE❓
The ball touches a defender’s hand/arm in penalty area when a player falls and the hand/arm is between the body and the ground to support the body. What is the decision?
➡ https://t.co/nkS6W9YC6T#AskTheIFAB your question about handball pic.twitter.com/Fc0uI6oerh
— The IFAB (@TheIFAB) September 9, 2019
Tarikh tutup jendela perpindahan pemain dijangka akan menjadi topik paling hangat yang akan dibincangkan di kalangan wakil apsukan bertanding.
Beberapa kelab utama sudah menzahirkan rasa kurang senang dengan peraturan tersebut, setelah liga-liga utama eropah yang lain tidak bersetuju untuk meminda tarikh tutup masing-masing.
Tarikh tutup pada setiap Khamis di minggu sebelum bermulanya kempen baharu di England menyebabkan kesukaran dihadapi oleh kelab-kelab England.
❔ | SHIRT NUMBER@Alexis_Sanchez
⚫?? pic.twitter.com/TwFsxkvEHT— Inter (@Inter_en) September 3, 2019
Beberapa kelab lain dari La Liga, Serie A dan Bundesliga terutamannya, masih aktif melakukan bidaan lewat terhadap pemain dari kelab Liga Perdana Inggeris sehingga awal September.
Kelab dikatakan mahukan lebih stabiliti. Namun tarikh tutup pada 8 Ogos lalu misalnya memberi kesan yang berbeza.
Mauricio Pochettino holds clear-the-air talks with Tottenham chairman Daniel Levy and says he rejected offers from rivals | @Matt_Law_DThttps://t.co/KopJZS5g8D
— Telegraph Football (@TeleFootball) August 30, 2019
Pengurus mempunyai pendapat mereka tersendiri, namun pemilik atau hierarki tertinggi kelab mungkin memiliki perspektif berbeza terhadap isu ini.
Kelab-kelab ini dijangka akan melakukan perbincangan awal terhadap isu ini, namun tidak dijangka akan melakukan undian – untuk mengubah tarikh tutup jendela perpindahan – sehingga pertemuan kedua pada November hadapan.