Anugerah Dream Asia AFC 2019: FAM Tercalon Kategori Ahli Persatuan Berinspirasi

FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus mendapat pengiktirafan di peringkat Asia selepas tercalon bagi merebut anugerah dalam kategori Ahli Persatuan Berinspirasi untuk Anugerah Dream Asia AFC 2019.

Menurut sumber laman Facebook rasmi FAM, badan induk bola sepak tanah air itu telah disenarai pendek bagi bersaing bersama-sama Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran, Persatuan Bola Sepak Jepun, Persatuan Bola Sepak Uzbekistan dan Persatuan Bola Sepak China.

Pemenang anugerah ini akan diumumkan pada 30 Oktober 2019 bersempena Sidang Tanggungjawab Sosial AFC tahunan yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Ini merupakan tahun kedua anugerah tersebut telah dipertandingkan selepas kali pertama diperkenalkan pada tahun lalu.

Untuk rekod, FAM pernah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Dream Asia AFC 2018 dalam kategori Pembangunan tahun lepas.

Selain daripada perkembangan positif yang dapat dilihat daripada persembahan skuad negara, tidak terkecuali pasukan peringkat umur yang mempamerkan corak permainan yang baik, pencalonan ini juga mampu memberikan gambaran jelas bola sepak tanah air mempunyai masa depan yang cukup cerah.

Kredit foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN