Penyerang kebangsaan Indonesia yang kini beraksi bersama Madura United iaitu Ronaldo Kwateh dilaporkan telah mendapat tawaran daripada beberapa kelab dari Eropah yang berpangkalan di Turkiye.
Menurut Bola.com, penyerang muda itu telah mendapat tawaran daripada kelab divisyen kedua di Turkiye iaitu Bodrumspor yang kini beraksi dalam saingan TFF First League.
1 Gol cantik Ronaldo Kwateh belum mampu membawa pulang 3 poin penting tadi malam dari Maguwoharjo
Ayo benahi bersama 🤜🏻#maduraunited #madurabisa #madurabersatu pic.twitter.com/0oxJVjWUn6
— Madura United FC (@MaduraUnitedFC) December 13, 2022
Wakil Madura United setakat ini tidak menafikan berita tersebut, namun mereka enggan terlalu banyak memberi maklumat mengenai tawaran itu dan meminta agar tunggu sahaja pengumuman rasmi tidak lama lagi.
Menurut Pengarah Utama Madura United iaitu Annisa Zhafarina Qosasi, beliau menyatakan ada kelab dari Turki yang sudah pun menunjukkan rasa minat yang tinggi untuk mendapatkan Ronaldo musim ini.
“Setakat ini kami memang tengah mengadakan perbincangan bersama salah satu kelab di Turkiye untuk melepaskan Ronaldo di sana, agar masa depan beliau lebih terjamin,” jelas beliau.
Untuk rekod, Bodrumspor kini berada di tangga ketiga saingan divisyen kedua tersebut dengan 11 kemenangan dicatat daripada 21 perlawanan dan berpeluang untuk dipromosikan ke liga utama musim akan datang.
Terbaharu, kelab tersebut berjaya mencatat kemenangan 2-1 ketika bertemu pasukan lawan iaitu Adanospor untuk terus mengukuhkan kedudukan semasa dalam liga.
Untuk Ronaldo pula, pemain berusia 18 tahun ini sudah pun mencatat satu gol dan satu bantuan jaringan secara keseluruhan daripada lapan penampilan bersama Madura United.
🅴🅻 🅲🅾🅼🅰🅽🅳🅰🅽🆃🅴 🫡#Bodrumspor pic.twitter.com/KEtVFcXtoj
— Bodrumspor (@Bodrumspor_AS) January 29, 2023
Tampil dengan fizikal yang baik di posisi serangan, Ronaldo juga boleh dikatakan sangat rajin untuk membuka ruang serta mencari peluang mendapatkan gol.
Pada usia tersebut, Ronaldo sebenarnya merupakan suatu aset berharga buat Madura United kerana kelebihan dimiliki beliau serta sudah mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia.
Bersama pasukan senior, Ronaldo sudah pun membuat dua penampilan dengan aksi yang cukup menyakinkan pengendali negara iaitu Shin Tae-yong.
Dikhabarkan kelab dari Turkiye itu mula menyimpan rasa minat untuk mendapatkan Ronaldo, setelah mereka melihat sendiri aksinya ketika kem latihan pusat yang dibuat skuad bawah 19 (B-19) Indonesia di negara tersebut hujung tahun lalu.
“Hal kelab dari Turkiye yang tertarik dengan aksi saya itu memang benar belaka, tapi saya ingin beri fokus terlebih dahulu untuk pasukan semasa saya iaitu Madura United.
Indonesia’s Ronaldo 🔥#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/IQMdmtE6Ne
— PSSI (@PSSI) September 10, 2021
“Perkara tersebut juga sudah diurus kini, semoga segalanya berjalan lancar untuk karier saya pada masa akan datang,” jelas Ronaldo dengan yakin.