Kelab Dari Jepun Dan Korea Selatan Buru Khidmat Safawi Rasid

My Dinh
Arsenal gear up for PSV in the UCL knockout stages Loading official content
Arsenal gear up for PSV in the UCL knockout stages
Go inside training with Arsenal as they prepare for round of 16 knockout tie versus PSV.
0 seconds of 46 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Barito Putera celebrate away win over PSS Sleman
00:44
00:00
00:46
00:46
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Barito Putera celebrate away win over PSS Sleman Arema players train hard before facing Malut United Salah shows his class on the volley Arteta urges Arsenal to reach different level ahead of Champions League clash Echeverri gets a private tour of the Etihad Stadium UCL top scorer Serhou Guirassy & his teammates prepare for Lille clash Sergio Ramos’ first goal for Monterrey Doué's powerful strike seals PSG's fourth goal Pep Guardiola does not like the FA Cup match ball Lacazette double leads Lyon to comeback win over battling Brest in Ligue 1 Rodgers pleased with Yang's performance at St Mirren 30-yard free-kick rocket in the Saudi League Amazing bicycle kick goal for DC United's last-gasp equalizer Lihat lebih video Arsenal FC di OneFootball

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah mengesahkan pihaknya telah dihubungi oleh sebuah kelab dari liga divisyen 1 Jepun (J.League) yang menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Safawi Rasid.

Menurut laporan daripada New Straits Times, kelibat Safawi mula mendapat perhatian daripada ejen negara matahari terbit itu berdasarkan prestasi hebatnya dalam Sukan asia, Kelayakan AFC B-23 dan AFC Champions League bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Pada usia 22 tahun, dia masih muda dan mempunyai potensi untuk pergi jauh, sebab itu beberapa kelab Jepun bertanyakan tentang Safawi. Saya ada bercakap dengan wakil JDT dan saya tidak fikir mereka akan melepaskan beliau ketika ini,” kata Effendi.

Selain kelab dari Jepun, sebuah kelab dari Korea Selatan turut mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain Malaysia bagi mengisi kuota pemain import Asia Tenggara (ASEAN) yang bakal diperkenalkan pada musim depan.

Perkembangan itu disahkan oleh Pengarah I One Sports Agency, Syed Qamarul Firdaus yang mendedahkan Safawi adalah antara pemain yang sedang diintai oleh wakil kelab tersebut.

“Mereka ada tanya tentang Safawi dan ia merupakan kelab yang bagus. Liga Korea telah membuka kuota untuk pemain Asia Tenggara, jadi ia tiada masalah untuk pemain Malaysia.

“Kelab itu terpikat dengan Safawi setelah dia menjaringkan dua gol ketika menentang Korea Selatan dalam Sukan Asia. Tapi bagi saya, JDT sendiri merupakan antara kelab terbaik di Asia jadi saya tidak nampak Safawi akan meninggalkan kelabnya,” jelasnya.

Selain Safawi Rasid, dua pemain Pahang iaitu Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh turut berada dalam radar sebuah kelab daripada Korea Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN