Mufti WP Ucap Tahniah & Kongsi Iktibar Kejayaan Liverpool Rangkul Kejuaraan UCL

Kejayaan skuad Liverpool merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL-UEFA Champions League) awal pagi tadi bukan sahaja menjadi bualan peminat bola sepak tempatan tetapi turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Jaringan daripada Mohamed Salah dan Divock Origi telah membantu skuad kendalian Juergen Klopp itu menjulang trofi berkenaan buat kali keenam dalam sejarah pasukan mereka setelah menewaskan Tottenham Hotspur 2-0.

Malah, Dr Zukifli turut berkongsi beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada kejayaan pasukan Liverpool untuk tatapan semua peminat sukan bola sepak di Malaysia.

“Liverpool berjaya menggilap bakat pemain Muslim seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane hingga menjadi pemain handalan dunia dan contoh ikutan karakter yang baik untuk peminat dan penyokong.

“Menariknya, kami membaca berita dari akhbar arab Uqaz beberapa hari sebelum perlawanan, dinukilkan bahawa jurulatih Liverpool Jürgen Klopp tidak menghalang Mohamed Salah dan Sadio Mane untuk melakukan ibadat puasa, sebaliknya memberi galakan kerana hak kebebasan beragama. Itulah profesionalnya mereka. Permainan tetap cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau turut mengagumi sikap tidak mudah menyerah kalah daripada pasukan itu yang hampir menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila ketinggalan satu mata di belakang juara bertahan, Manchester City.

“Semangat tidak mudah mengalah dan segera memperbaiki pasukan walaupun baru tewas di tangan Real Madrid tahun sebelumnya menjadikan ianya satu bentuk sumber inspirasi kepada kita semua.

“Walaupun tidak berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, mereka tidak terus mengalah dan kecewa, malah terus lebih kuat bersemangat.

“Kesabaran dan ketabahan serta kekuatan mental bertahan pengurus pasukan Jürgen Klopp yang akhirnya berjaya mendapatkan trofi UCL pertama kali dalam karier bola sepaknya dan trofi pertama bersama Liverpool setelah 6 kali hanya bergelar Naib Juara di pentas akhir,” katanya.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Liverpool kini memiliki koleksi kejuaraan elit itu lebih daripada gergasi Sepanyol, Barcelona dan Bayern Munich selain seteru utama, Manchester United.

Bagi Tottenham, kejayaan mara ke final buat kali pertama dalam sejarah kelab boleh dianggap membanggakan dan tugas menewaskan Liverpool sentiasa sukar buat kelab dari London itu.

“Setinggi tahniah dan syabas dari kami kepada pasukan Liverpool serta penyokongnya. Kepada penyokong Tottenham Hotspur, kami katakan sabarlah kerana itu adat permainan. Mungkin satu masa nanti anda pula akan menjadi juara. Semoga terus maju jaya. Begitu juga majulah sukan untuk negara kita Malaysia,” ujar Dr. Zulkifli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN