Kelab Dari Jepun Bina Akademi Bola Sepak Pertama Di Indonesia

Bola sepak Indonesia nampaknya terus bergerak selangkah lebih maju, dengan kali ini mereka menjalinkan hubungan bersama salah satu kelab berpengaruh dalam saingan J1 League dari Jepun.

Kelab tersebut ialah Shonan Bellmare dan mereka menjalankan kerjasama dengan salah satu akademi tempatan iaitu Akademi Sepak Bola Intinusa Olah Prima Football Club (ASIOP).

Ianya juga dinamakan sebagai Shonan Bellmare Indonesia Soccer School dan menjadi akademi bola sepak pertama dari Jepun yang berkolaborasi bersama negara tersebut.

“Apa yang pasti, ini merupakan akademi bola sepak Jepun yang pertama dibuka di Indonesia dan ASIOP menjadi peneraju utama ketika ini.

“Kami juga mengetahui budaya bola sepak di Jepun kini sangat kuat, khususnya kepada Shonan Bellmare yang melahirkan ramai pemain berkualiti.

“Seperti diketahui, ranking bola sepak Jepun di Asia kini merupakan yang pertama dan 20 untuk dunia. Lihat sahaja kepesatan bola sepak mereka dengan terbaharu berjaya melepasi peringkat kumpulan dalam aksi Piala Dunia.

“Pada saingan tersebut juga, Jepun menjadi juara kumpulan dan berjaya mengetepikan negara-negara besar bola sepak dunia seperti Sepanyol dan Jepun. Maka boleh kita katakan Jepun kini sudah hebat di mata dunia.

“Tambahan lagi, Jepun memiliki etika kerja yang sangat baik dan teliti dari segi ketahanan mental sehingga disiplin. Itu yang membezakan mereka berbanding negara Asia lain.

“Padahal, jika dilihat daripada saiz fizikal, jurang antara pemain Jepun dan Indonesia tidak begitu banyak perbezaan dan lebih kurang sama sahaja.

“Cara mereka membentuk pemain bola sepak yang berkualiti itu harus kita pelajari. Dan segalanya akan kami terapkan dalam kurikulum buat akademi itu nanti,” jelas Presiden ASIOP iaitu Ade Prima Syarif menerusi Bola.com.

Ketika ini, Indonesia sudah pun mempunyai seoranh pemain mereka yang beraksi di Jepun iaitu Pratama Arhan bersama Tokyo Verdy dalam saingan J2 League.

Dengan pembukaan akademi ini, dijangka lebih ramai pemain-pemain muda Indonesia berkualiti dapat dilahirkan serta memberi peluang buat mereka untuk cuba beraksi di Jepun.

Dimaklumkan juga kerjasama ini akan berlangsung selama tiga tahun dan mendapat perhatian ramai pemain-pemain muda seluruh Indonesia untuk mendaftar masuk.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN