Bayern Munich, Borussia Dortmund & RB Leipzig Bertarung Untuk Dapatkan Benjamin Pavard

Beliau kini laku ibarat pisang goreng panas ketika ini.

Pertahanan kanan Perancis, Benjamin Pavard kini menjadi buruan pelbagai kelab selepas tampil mempamerkan aksi cukup menyakinkan di Piala Dunia 2018.

Menurut laporan di Perancis, 3 kelab Bundesliga telah memulakan gerak langkah untuk mendapatkan Pavard bagi menyertai mereka musim hadapan.

Bayern Munich, Borussia Dortmund dan juga RB Leipzig antara 3 kelab yang disebut-sebut berminat untuk mendapatkan pemain Perancis itu.

Tidak hairan mengapa kesemua kelab yang berminat itu adalah kelab Bundesliga kerana Pavard sendiri beraksi di Jerman bersama-sama VfB Stuttgart.

during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between France and Argentina at Kazan Arena on June 30, 2018 in Kazan, Russia.

RB Leipzig dikatakan sudah lama memerhatikan Pavard, sementara Bayern Munich pula mahukan Pavard sebagai perancangan masa depan mereka.

Oleh kerana kepelbagaian yang ditunjukkan oleh Pavard, Bayern Munich dikatakan mahu menjadikan beliau sebagai pertahanan tengah mereka di masa hadapan.

Jika pun Pavard berjaya menghasilkan persembahan yang cemerlang di Piala Dunia, VfB Stuttgart tetap dengan pendirian mereka untuk tidak menjual pemain selepas Piala Dunia berakhir.

KAZAN, RUSSIA – JUNE 30: Benjamin Pavard of France celebrates after scoring his team’s second goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between France and Argentina at Kazan Arena on June 30, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Mereka menyifatkan pemain itu tidak akan dijual walaupun dengan harga €50 juta sekali pun.

Pavard mengakui beliau mempunyai impian untuk bermain di saingan UEFA Champions League.

Namun begitu, beliau tetap bersyukur dan gembira dengan apa yang Vfb Stuttgart berikan kepada beliau.

Kontrak Pavard bersama VfB Stuttgart berakhir pada 2021 dan beliau tidak punya sebarang klausa perlepasan pada musim panas ini.

Namun begitu bermula pada tahun hadapan, beliau mempunyai klausa perpindahan sebanyak €35 juta sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN