Bola sepak Malaysia dicemari dengan insiden kekecohan di luar stadium di Ipoh selepas tamat perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pertama di antara Perak dan JDT.
Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1. Dalam insiden tersebut dilaporkan ada penyokong yang tercedera di bahagian perut dan kepala kerana terkena mercun yang dibaling oleh penyokong yang tidak bertanggungjawab.
Punca kekecohan itu apabila perlawanan tamat, ada sekelompok penyokong daripada kedua-dua pasukan yang memprovokasi antara satu sama lain.
Ada penyokong yang membaling botol minuman ke dalam padang. Ianya diburukkan lagi apabila ada beberapa penyokong yang mulai membaling mercun ke arah sekumpulan penyokong yang lain.
Difahamkan, kekecohan dipercayai bermula sebelum tamat perlawanan yang menyaksikan kedua-dua penyokong mula membaling botol ke padang.
Pasukan polis dan FRU turut menahan beberapa individu lagi untuk membantu siasatan. Polis akan mencari pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan tegas.
Sejak beberapa musim ini, perlawanan di antara Perak dan JDT sentiasa panas. Namun kami mengutuk sekeras-kerasnya seberang keganasan yang melibatkan penyokong.
Belajarlah daripada beberapa insiden di luar negara di mana, jika masalah sebegini berterusan, ia akan menjadi lebih parah.
Sudah pastinya kidak tidak mahu ada kejadian yang lebih teruk. Takkanlah sehingga ada nyawa melayang baru kita nak terngadah. Diharap tindakan lebih tegas diambil kepada pesalah.
Sumber berita dan foto
BH Online – https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/337857/kecoh-selepas-perlawanan-perak-jdt-berakhir-seri