UNL: 5 Perkara Daripada Kekalahan Jerman 3-0 Di Tangan Belanda

Kekalahan Jerman 3-0 di tangan Belanda dalam Uefa Nations League pada pertemuan awal pagi tadi waktu Malaysia menjadi perhatian dunia.

Van Dijk, Depay dan Wijnaldum menjadi penjaring gol di Arena Johan Cruyff.

1. 108 untuk Low

Ini merupakan perlawanan ke-108 untuk Joachim Low sebagai pengurus Jerman. Sekaligus menjadikan beliau pengurus yang mengendalikan perlawanan paling banyak untuk Jerman.

Beliau membantu Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 dan Piala Konfederasi 2017.

2. Ketumpulan Jerman

Jerman terus berhadapan dengan isu ketumpulan di hadapan gol. Pada Piala Dunia 2018, mereka mencipta banyak peluang namun masih gagal menyempurnakan lebih banyak gol.

Buat masa ini, dalam 5 perlawanan kompetitif terakhir sejak Piala Dunia lalu, mereka merekodkan 107 percubaan ke arah gol. Dan daripada jumlah itu, hanya 2 gol sahaja dihasilkan daripada 38 percubaan tepat.

Jerman kini masih gagal menjaringkan sebarang gol dalam 3 perlawanan kompetitif.

3. Belanda tamatkan badi

Belanda tak pernah menang ke atas Jerman selama 16 tahun lamanya. Kemenangan 3-0 semalam adalah yang pertama dalam tempoh tersebut.

Dan untuk kesekian kalinya juga Belanda menang dengan margin 3 gol ke atas pasukan Jerman dalam sejarah mereka.

4. Kekalahan ke-5 Jerman dalam setahun

Jerman sudah kalah 5 kali dalam setahun. Kali terakhir mereka kalah 5 kali dalam kalendar setahun adalah pada 1985 ketika itu dengan tiket Jerman Barat.

Kekalahan Jerman 3-0 di tangan Belanda ini juga yang pertama mereka alami sejak kali terakhir tewas 3-0 di tangah Republik Czech pada 2007.

Ianya hampir 11 tahun yang lalu.

5. Depay dan VVD dalam prestasi terbaik

Memphis Depay ternyata pemain yang begitu hebat dalam perlawanan ini. Gerakan beliau sangat licik dan mengancam ke arah gol.

Beliau menjarigkan 1 gol dalam perlawanan ini. Maka tak hairanlah beliau diberikan peranan yang sangat bebas oleh Ronald Koeman di dalam padang.

Selain Depay, kapten Belanda Van Dijk juga cemerlang. Beliau dilantik menjadi kapten sepenuh masa oleh Ronald Koeman.

Beliau mejaringkan gol pembukaan dan bertahan dengan sangat baik bersama barisan pertahanan dan penjaga gol.

https://twitter.com/AnfieldExpress/status/1051205307844714496

Van Dijk menjadi pemimpin di belakang pertahanan dengan gandingan yang mantap bersama De Ligt.

Selain 2 pemain ini, ramai juga pemain Belanda lain yang cemerlang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN