Demi Barcelona, Messi Tolak Tawaran Gaji 3 Kali Ganda Daripada Man. City

Pengerusi Manchester City, Khaldoon al Mubarak mengesahkan yang mereka menawarkan Messi kenaikan gaji 3 kali ganda yang beliau terima di Barcelona.

Namun Messi tidak menerimanya kerana mahu kekal bersama dengan Barcelona.

Pada musim lalu, banyak khabar angin mengaitkan Man. City berusaha mendapatkan Lionel Messi selepas pemain itu diberitakan masih menangguhkan tandatangan di atas lanjutan kontrak di Nou Camp.

Messi juga dikatakan mempertimbangkan untuk meninggalkan Sepanyol selepas dia dan ayahnya dikejar oleh Lembaga Percukaian di Sepanyol kerana peraturan hak imej yang sangat rumit.

Pemilik Man. City mengakui mereka benar-benar mahukan Lionel Messi dan mengarahkan Pep Guardiola bercakap sendiri dengan Lionel Messi.

Namun Messi akhirnya setuju untuk kekal di Barcelona sehingga 2021.

Bercakap kepada wartawan di UAE, Khaldoon Al Mubarak berkata:

“Messi. Kami minta Guardiola bercakap dengan beliau. Kami tawarkan kontrak 3 kali ganda yang beliau dapat di Barcelona.”

“Namun beliau tak menerimanya. Beliau jelas sekali tak mahu meninggalkan Barcelona. Dan kami memberitahu dia yang kami yakin dia boleh menjadi pemain 1 kelab sahaja. Itu antara projek peribadi beliau.”

Menurut Forbess Messi kini menerima gaji £507,000 seminggu dalam kontrak baharu.

Ketika Man. City menawarkan gaji 3 kali ganda itu beliau menerima £365,000. Jika Messi menerima tawaran itu bermakna Messi akan menerima sekitar £1.1 juta (RM6 juta) seminggu.

Angka itu masih tak mampu membeli kesetiaan Messi kepada Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN