Kejohanan Empat Penjuru Jadi Medan Ujian Terbaik Skuad Tok Gajah

Sri Pahang kini sudah pun selesai melengkapkan barisan pemain untuk dibawa bersaing pada aksi Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula tidak lama lagi dan terbaharu, mereka sudah pun mengesahkan penyertaan pada kejohanan bola sepak empat penjuru di Kuala Terengganu pada 5-9 Februari ini.

Dalam kejohanan tersebut, dua pasukan tuan rumah iaitu Terengganu dan Terengganu II antara lawan yang bakal dihadapi Sri Pahang selain Penang bagi merebut Piala Menteri Besar Terengganu musim 2022 itu.

Datuk Mohammed Suffian Awang selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang menjelaskan mengenai penyertaan skuad beliau itu lebih kepada salah satu daripada persiapan yang dibuat bagi menghadapi saingan Liga Malaysia.

“Kejohanan lebih melihat kepada pembentukan pasukan kerana disertai barisan pemain baharu termasuk import.

“Selain taktikal, persefahaman antara pemain diberikan keutamaan oleh ketua jurulatih (Christophe Gamel) sepanjang kejohanan itu.

“Secara peribadi, saya lebih melihat kepada persediaan semua pemain untuk menghadapi cabaran sebaik Liga M bermula Mac depan,” katanya kepada Harian Metro.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin serta Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah merupakan venue bagi kejohanan tersebut yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Dalam ketika itu, Mohammed Suffian juga memberitahu mengenai latihan pusat yang telah dijalankan oleh skuad kendalian Gamel di Pekan, Pahang sebelum mereka berlepas ke Terengganu.

Jelas beliau, segala latihan yang dibuat itu adalah sebagai satu usaha bagi membentuk persefahaman dan keserasian para pemain selepas berehat.

“Sebelum ini Sri Pahang menjalani latihan pusat selama sebulan di Muadzam Shah, Rompin dan diharapkan segalanya berjalan mengikut perancangan,” katanya.

Pada musim ini, langkah baharu yang dibuat Sri Pahang adalah dengan melantik Gamel selaku pengendali utama pasukan bagi menggantikan Dollah Salleh yang membimbing Sri Pahang pada musim lalu.

Setakat ini, Sri Pahang sudah pun menandatangani lima pemain import iaitu Manuel Hidalgo yang beraksi di tengah, Mamadou Sammasa selaku penjaga gol import, Mahmoud Za’tara dan Billy Ketkeophompone sebagai penggempur utama pasukan.

Skuad Tok Gajah juga kini dalam usaha untuk menaturalisasikan dua pemain mereka iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero bagi terus memperkukuh pasukan di segenap posisi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN