Kejohanan Capinha: Pintu Gerbang Buat Bakat Muda Di Brazil Ke Pentas Dunia

Kita semua tahu, Brazil merupakan pengeluar tetap bakat-bakat bola sepak yang terbaik di dunia.

Sebut saja namanya, Pele, Ronaldo, Ronaldhino dan Neymar semuanya berasal dari Brazil.

Tapi apa yang buatkan Brazil tidak pernah kekurangan bakat-bakat berkelas dunia?

Kejohanan pemain muda

Di Brazil, terdapat sebuah kejohanan bola sepak bawah-20 yang mengumpul hampir kesemua pasukan remaja di Brazil

Copa Sao Paulo de Futebol Junior atau Copinha merupakan kejohanan yang dipertandingkan sejak 1969, kejohanan ini sentiasa dikenali sebagai medan untuk para pemain muda Brazil untuk menampilkan kehebatan mereka.

Kejohanan ini bagaimana pun pada asalnya dipertandingkan untuk pasukan B-21 tahun, namun selepas 2006 ia dipertandingkan untuk pasukan B-20 tahun pula sehingga sekarang.

Berapa pasukan yang bertanding?

Jumlah pasukan yang bertanding adalah terlalu banyak. Ya, terlalu banyak iaitu sebanyak 120 pasukan untuk edisi 2017.

Kesemua pasukan tersebut merupakan pasukan-pasukan B-20 tahun dari seluruh Brazil, namun kebanyakannya pasukan yang bertanding adalah pasukan yang berpengkalan di Sao Paulo sendiri.

120 pasukan ini akan dibahagikan kepada 30 kumpulan yang mengandungi 4 pasukan. Dan mereka akan menentang lawan mereka di dalam kumpulan masing-masing sekali.

2 pasukan terbaik setiap pasukan akan mara ke pusingan kalah mati.

60 pasukan yang mara ke pusingan kalah mati akan beraksi sehingga jumlah pasukan yang tinggal adalah 15 pasukan.

15 pasukan yang masih dalam kejohanan ini akan disertai dengan 1 pasukan yang terbaik dari pusingan sebelumnya untuk melengkapkan 16 pasukan terakhir dalam kejohanan Copinha ini.

16 pasukan ini akan menyertai pusingan 16 pasukan terakhir dan bertarung untuk mara ke pusingan akhir.

Format kejohanan yang sedikit rumit ini memerlukan sebulan untuk diselesaikan. Copinha berlangsung dari 2 Januari hingga 25 Januari 2017.

Siapa yang pernah menyinar di kejohanan ini?

Seperti yang kami katakan di awal artikel ini, kejohanan ini merupakan medan bagi pemain-pemain muda untuk menyerlahkan bakat mereka.

Salah seorangnya adalah Fred. Selain Juninho Pernambucano, Fred merupakan prospek dari Brazil yang berjaya mencipta nama di Olympique Lyonnais di Perancis.

Beliau diingati kerana menjaringkan gol cantik ini untuk America Mineiro pada 2003, namun sayang gol cantik beliau tidak dapat menghalang pasukan beliau dari dibelasah teruk oleh pasukan lawan sebanyak 5-1.

Setahun selepas itu, namanya mula dikenali ramai dan berjaya memperoleh perpindahan ke Olympique Lyonnais pada tahun 2005.

Casemiro dan Lucas Moura antara nama yang turut menyinar dalam kejohanan ini pada edisi 2010 bersama dengan Sao Paulo.

Duo ini menjadi tunjang kepada kejuaraan Sao Paulo pada 2010. Casemiro menunjukkan skil beliau yang cukup memukau di tengah padang, sementara Moura pula diangkat sebagai pemain paling berpontesi tinggi pada kejohanan tersebut.

Semuanya kerana persembahan cemerlang beliau yang beraksi mirip lagenda Corinthians – Marcelinho.

Casemiro dibeli Real Madrid pada 2013, sementara Moura yang sudah pun bermain untuk pasukan senior Sao Paulo pada tahun 2010 berpindah ke Paris Saint-Germain pada 2012.

Copinha juga merupakan pentas untuk Neymar menunjukkan skilnya, beliau merupakan watak utama bagi Santos ketika kejohanan edisi 2008. Pada tahun tersebut, beliau cuma baru berusia 15 tahun!

Dan beliau sekali lagi menyertai skuad remaja Santos ke kejohanan ini pada edisi 2009, menjaringkan 3 termasuk gol cantik ini.

Satu nama yang tidak boleh dilupakan adalah Gerson, beliau merupakan sebahagian daripada skuad Fluminese pada kejohanan edisi 2014. Kini, beliau merupakan pemain muda yang sedang digilap oleh AS Roma.

Siapakah prospek untuk tahun ini?

Terdapat beberapa prospek muda yang boleh diberikan perhatian pada kejohanan tahun ini.

Salah satunya adalah Fellipe, yang merupakan penjaga gol bagi Corinthians. Beliau dalam misi untuk menebus kesalahan yang beliau lakukan pada kejohanan tahun lepas selepas melakukan kesilapan yang menyebabkan pasukannya tewas dalam penentuan sepakan penalti.

Selain itu juga terdapat pemain bernama Kaue yang bermain untuk Palmeiras. Menariknya, Palmeiras sudah meletakkan harga £25 juta untuk mana-mana kelab yang mahukan khidmat beliau.

Kami sedikit terkejut dengan harga yang dikenakan, tetapi barang kali video ini boleh menjelaskan segalanya.

Kesimpulan

Kejohanan Capinha ini boleh dikatakan setaraf dengan Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Jepun yang menampilkan pasukan bola sepak sekolah dari seluruh Jepun. 

Jika di Malaysia pula, Supermokh Cup merupakan kejohanan yang hampir serupa dengan Capinha. Walaupun Supermokh Cup tidak disertai oleh 100% pasukan remaja di Malaysia, namun ia masih lagi medan terbaik untuk pemain muda di negara kita menyerlah dan terdedah dengan perlawanan-perlawanan kompetitif.

Kami berimpian agar Supermokh Cup akan ditandingi oleh semua akademi-akedemi bola sepak di negara kita tanpa penglibatan kelab luar seperti apa yang Brazil dan Jepun lakukan. Tapi bila ia akan jadi realiti? Jawapanya ada pada persatuan bola sepak di negara kita.

Baca juga: Penilaian Kami Daripada Perlawanan Piala Supermokh 2016, Malaysia Cougars B-13 VS Sepahan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN