Sepakan Kala Jengking, Teknik Yang Menyempurnakan Hantaran Lemah Ataupun Untuk Showboating

Sepakan kala jengking terjemahan langsung daripada scorpion kick. Ia juga digelar reverse bicycle kick. Ianya sedang heboh diperkatan di mana sahaja. Dari media elektronik, media cetak, sehinggalah ke kedai kopi.

Ianya selepas 2 sepakan kala jengking yang menghasilkan gol dilakukan oleh Mkhirtaryan dan kemudian Oliver Giroud. Jarak di antara gol tersebut kira-kira 8 hari.

Etimologi

Ia memang berasal dari perkataan scorpion ataupun kala jengking. Ianya sinonim dengan cara kala jengking melakukan penyudah ataupun execution dengan melibas ekor dari belakang kepala.

Sengatan itu sinonim dengan bisa ataupun produk akhir dalam sukan bola sepak. Scorpion kick mungkin sinonim dengan gol-gol menarik dari pemain penyerang seperti Ibrahimovic.

Namun populariti sepakan kala jengking ini sebenarnya lebih dimiliki oleh penjaga gol Colombia, Rene Higuita ketika perlawanan persahabatan di stadium terkemuka Wembley pada 1995.

Dalam perlawanan England menentang Colombia, Higuita menyelamatkan bola dengan showboating. Beliau menggunakan scorpion kick di atas garisan gol.

Beliau melakukan sepakan kala jengking ini sekali lagi pada 2015 dalam demo di pusat latihan.

Oleh itu ada yang menyebut ia adalah sepakan Higuita. Di negara kita, saya masih ingat ketika bermain bola dengan rakan-rakan masa pertengahan 90-an, ramai kita menyebut ia libasan penjaga gol Colombia.

“Wah kau buat skil keeper Colombia.”

Konsep

Ia adalah teknik melakukan penyudah (execution) dengan kaki melibas bola yang berada di belakang badan atau kepala. Ia memerlukan pemain mengagak bola dengan naluri dan vision play yang tinggi.

Dalam kes Higuita, ia lebih kepada showboating ataupun ‘pertunjukan individu’. Namun ia dilakukan dengan penuh keyakinan.

Semua orang kenal Rene Higuita memang seorang penjaga gol yang fancy atau gila-gila seperti Jose Luis Chilavert. Dia sudah biasa melakukannya di pusat latihan.

Jika tersilap rasanya ia boleh menjadi satu episod sejarah yang memalukan.

Untuk pemain-pemain lain seperti Ibrahimovic, Cavani, Simon Skrabb (Top-10 Anugerah Puskas 2016), Mkhitaryan dan Giroud kesemuanya dilakukan kerana hantaran lemah.

Lihat gol Simon Skrabb di bawah ini.

Untuk gol-gol yang dilakukan dengan cara akrobatik seperti sepakan kala jengking atapun libasan gunting (bicycle kick), ia biasanya berlaku kerana pemain diberikan hantaran yang lemah ataupun pemain sudah terlajak posisi.

Mereka menguhubungkan bola lemah ataupun posisi lemah dengan sepakan mereka dengan cara yang berteknikal tinggi. Itu yang membuatkan gol itu dianggap istimewa.

Pada masa yang sama, pemain yang melakukan hantaran lemah turut dijulang sebagai pembantu gol. Ini pula kompilasi gol Mkhitaryan (vs. Swansea) dan Olivier Giroud (vs. Palace)

Konsep dia adalah sama, pemain cuba berhubung dengan bola yang sudah lari dari titik yang baik untuk berhubung dengan penyerang.

Rumusan

Ianya adalah teknik yang mirip kepada seni mempertahankan diri (martial art).

Selain daripada Higuita yang melakukan teknik ini untuk showboating, selebihnya teknik ini sama dengan bicycle kick biasa yang banyak dilakukan untuk menyambut hantaran lemah ataupun posisi mereka yang sedikit lari daripada titik pertembungan dengan bola.

Di bawah ini adalah kompilasi gol dari sepakan kala jengking terbaik. Kami minta maaf kerana video ini tidak ada nama penjaring dalam kapsyen.

Jika anda boleh tolong kami senaraikan, silalah nyatakan di ruangan komen. Yang pasti gol selepas gol Ibrahimovic tu rasanya sangat luar biasa.

Baca juga : Elastico: Trik Licik Dicipta Oleh Orang Jepun Yang Dilahirkan Di Brazil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN