Kejohanan AFF B16: Indonesia Mahu Hapuskan Badi Kalah Kepada Malaysia

Malam ini peminat bola sepak dari Malaysia dan Indonesia bakal “berkampung” di media sosial berbicara tentang pertembungan tumpuan antara Indonesia dan Malaysia pada separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) Bawah 16 (B-16) Tahun di Stadium Delta Sidoarjo, pukul 8 malam ini.

Malah, difahamkan jualan tiket perlawanan itu sudah habis dijual menyebabkan ribuan penyokong Indonesia pulang dengan kecewa setelah mereka beratur berjam-jam untuk mendapatkannya.

Pertembungan bola sepak di antara Indonesia dengan Malaysia selalunya berlangsung dalam suasana kontroversi dan penuh ketegangan.

Namun, bagi pengendali skuad Indonesia B-16, Fakhri Hussaini, mereka mahu menghapuskan badi kerap kalah kepada pasukan Malaysia dan tidak mahu nasib yang menimpa skuad Indonesia B-19 berulang lagi.

“Kalaupun ada beban mungkin itu wartawan yang menulis. Sekarang, masing-masing punya cerita. Skuad Bawah 19 juga punya cerita sendiri.

“Kami tak pernah melihat sejarah pasukan itu (B-19). Kami akan bermain dengan cara kami sendiri dan kalaupun ada sejarah, ya itu sejarah pasukan kami sendiri,” katanya kepada Bolalob.

Bagus Kahfi antara penyerang skuad Indonesia B-16 yang perlu diambil perhatian.

Fakhri menambahkan para pemainnya cukup bersedia untuk perlawana itu. Sebetulnya, Fakhri dan pemain tak memilih lawan. Mereka pun siap sedia untuk hadapi Malaysia.

“Sekarang kerana yang mendampingi Thailand adalah Malaysia, ertinya kami siap hadapi mereka dan pemain juga cukup bersedia untuk perlawanan itu nanti,” tegasnya.

Berdasarkan rekod pertemuan di antara skuad B-16 Indonesia dengan skuad B-16 Malaysia, garuda muda itu hanya menang sekali dalam 6 pertemuan, 4 seri dan 1 kekalahan. Dalam perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur bulan lepas, mereka tewas 3-4 kepada skuad bimbingan Lim Teong Kim.

Dalam kejohanan AFF B-16 kali ini, mereka menjaringkan 21 gol dalam 5 perlawanan di peringkat kumpulan dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah. Mereka menewaskan Filipina (8-0), Myanmar (2-1), Vietnam (4-2), Timor Leste (3-0) dan Kemboja (4-0).

Barisan pemain skuad Malaysia B-16 dibawah kendalian Raja Azlan.

Manakala skuad Malaysia B-16 kendalian Raja Azlan itu menewaskan Laos (1-0) dan Singapura (4-0) di Stadium Gelora Joko Samudro. Mereka juga menewaskan Brunei 6-1 bagi mencipta kebangkitan susulan kekalahan di tangan Thailand 1-2 pada aksi pembukaan.

Menurut rekod kejohanan, Malaysia pernah muncul juara pada tahun 2013 dan meraih tempat ketiga pada tahun 2008. Malah, skuad muda negara meraih tempat ke 4 dalam kejohanan ini sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2002, 2005 dan 2017.

Jika berjaya ke final, mereka berpeluang mengulangi pencapaian skuad ‘abang’ (B-19) yang menjuarai Kejohanan AFF B-19 setelah menewaskan Myanmar 4-3 pada bulan lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN