Kejohanan AFC B-16: Hamidin Yakin Dengan Kemampuan Skuad Lim Teong Kim

2 Hari lagi menjelang perlawanan pertama Kejohanan AFC B-16 yang melibatkan skuad bawah 16 tahun negara menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Mereka bakal memulakan langkah pertama untuk memburu tiket ke Kejohanan Piala Dunia B-17 tahun depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin sempat menasihatkan skuad kendalian Lim Teong Kim itu supaya sentiasa fokus dan yakin dengan kemampuan diri.

“Peminat bola sepak sememangnya menginginkan pembaharuan dalam bola sepak yang bermula dari generasi baru ini maka pastinya akan ada tekanan di kalangan pemain.

“Saya yakin jurulatih Lim Teong Kim punyai cara tersendiri untuk menangani tekanan ini.

“Yang penting, pemain perlu kekal fokus dan tahap keyakinan perlu tinggi,” katanya ketika memberi kata-kata semangat kepada para pemain di hotel penginapan mereka di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Datuk Hamidin memberikan kata-kata semangat kepada para pemain. FOTO: FAM

Skuad B-16 kebangsaan akan memulakan saingan Kumpulan A menentang Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada hari Khamis ini, sepak mula jam 4.30 petang.

Bagi pengendali skuad itu Lim Teong Kim, beliau tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kelebihan pasukan lawan, sebaliknya lebih gemar untuk melihat kekuatan anak didiknya sendiri dalam aksi pertama itu.

“Semua pasukan yang layak ke pusingan akhir Kejohanan ini adalah terbaik dan sudah tentu masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

“Bagi saya, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan pertama itu, tambahan pula kita tidak pernah bertemu sebelum ini.

Sebahagian daripada pemain skuad Lim Teong Kim. FOTO: FAM

“Namun berdasarkan video perlawanan mereka di peringkat kelayakan AFC tempoh hari, saya yakin kita boleh melepasi halangan itu dengan syarat pemain perlu memanfaatkan setiap peluang terhidang,” katanya kepada Berita Harian.

Pada pusingan kelayakan AFC tahun lalu, Tajikistan muncul juara Kumpulan B selain turut mencatat 17 gol tanpa bolos untuk meraih sembilan mata bagi mengatasi Syria, Oman dan Maldives.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN