Jamie Carragher Akui Eden Hazard Adalah Pemain Terbaik Di EPL

Hazard

Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher memuji aksi yang ditampilkan Eden Hazard dan menilai bahawa pemain itu adalah yang terbaik di Liga Perdana Inggeris (Premier League) ketika ini.

Carragher mengulas aksi cemerlang yang dipamerkan Hazard dalam perlawanan minggu ke-5 saingan liga melibatkan pasukan Chelsea menentang Cardiff City yang menyaksikan pemain Belgium itu menyumbang hatrik untuk pasukan.

“Saya rasa Eden Hazard adalah pemain terbaik di Premier League,” jelas Carragher kepada Sky Sports.

“Walaupun Premier League memiliki Kevin De Bruyne atau Mohamed Salah yang sebelum ini merupakan pemain terbaik musim lalu, saya tetap memilih Hazard.”

https://twitter.com/CFCWriter/status/1042042957447213056

“Saya bercakap dalam tempoh masa selama empat atau lima tahun. Jika saya fikir “siapa lelaki itu?”. Saya membuat pilihan  bahawa dia (Hazard) adalah yang terhebat.” ujar Carragher.

Aksi cemerlang Hazard bersama Belgium di pentas Piala Dunia 2018 turut menjadi alasan utama mengapa dirinya menjadi pilihan bagi Carragher.

“Hal tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa Hazard adalah pemain terbaik di Premier League.”

“Dia tampil cemerlang bersama Belgium pada Piala Dunia 2018.”

Katanya lagi, “Setiap pemain pertahanan akan berdepan tugas yang paling sukar jika mereka berhadapan dengan Hazard.”

Sebelum ini, gosip mengenai perpindahan bintang Chelsea itu ke Real Madrid menjadi berita sensasi di seluruh media antarabangsa.

Hazard dikaitkan bakal mengikut jejak Thibaut Courtois ke Real Madrid yang menjadikan gergasi Sepanyol itu sebagai sasaran destinasi baharunya selepas berakhirnya saingan Piala Dunia.

Bagaimanapun, beliau akhirnya menamatkan spekulasi dengan memberi jaminan kepada penyokong Chelsea yang dirinya tidak akan meninggalkan kelab itu dan akan terus kekal bersama pengurus baru, Mourizio Sarri pada musim 2018/19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN