Kejayaan Portugal Dalam Piala Eropah Testimoni Simbiosis Oleh Bakat Naturalisasi

Simbiosis adalah satu konsep yang lawan kepada parasit. Ia membawa makna, perihal saling memerlukan oleh dua entiti untuk mendapatkan faedah daripada satu sama lain.

Kejayaan Portugal dalam Piala Eropah lalu telah menjadi testimoni terkuat bagaimana pemain-pemain naturalisasi menyumbang kepada negara ‘baru’ mereka. Namun mereka bukanlah negara pertama yang melakukannya.

Kejayaan mereka di Perancis diketuai oleh salah seorang pemain terbaik dalam generasi beliau, Cristiano Ronaldo. Sebelum ini mereka dikejutkan oleh Greece pada 2004.

Portugal pada ketika itu dibarisi pemain berbisa seperti Ronaldo, Luis Figo dan Rui Costa.

Dasar Naturalisasi Dan Bola Sepak

Namun di sebalik kejayaan Portugal dalam Piala Eropah yang lalu timbul satu perkara yang menarik iaitu bagaimana pemain naturalisasi berjaya membantu bola sepak mereka.

Naturalisasi bukanlah satu konsep baru dalam bola sepak Eropah. Republik Ireland memperkenalkan peraturan kerakyatan berdasarkan granny rule sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Manakala negara-negara seperti Perancis dan Jerman telah menikmati kejayaan mereka dengan pasukan yang dibina berdasarkan peraturan imigresen.

Skuad juara dunia Perancis 1998 dan juara eropah 2000 mereka ada Patrick Vieira, Marcel Desailly dan Lilian Thuram dilahirkan masing-masing di Senegal, Ghana dan Guadeloupe.

des

Patrick Vieira berpindah ke Perancis ketika beliau berusia 8 tahun. Beliau layak mendapat kerakyatan Perancis kerana datuknya bekas askar yang bekerja untuk penjajah Perancis di Senegal ketika negara Afrika itu bawah jajahan Perancis.

Cerita Desailly lebih luar biasa. Ibunya bercerai dengan bapanya dan berkahwin dengan Ketua konsulat Perancis di Ghana. Beliau sebenarnya bernama Abbey Odenke.

Setelah dibawa ibunya berpindah ke Perancis dan tinggal bersama bapa tirinya, beliau ditukar nama pertama dan juga nama keluarga  menjadi Marcel Desailly ketika 4 tahun.

Thuram dilahirkan di di Guadeloupe dan berhijrah ke Perancis ketika berusia 9 tahun. Beliau kemudian berjaya mendapatkan kewarganegaraan Perancis.

Seterusnya, juara Piala Dunia Jerman 2014, memiliki lukas Podolski dan Miroslav Klose, yang lahir di Poland. Selepas dewasa Klose dan Podolski memilih untuk mewakili Jerman dan bukannya negara ibunda mereka Poland.

pdod

Contoh-contoh di atas menunjukkan betapa dasar Imigresen sesebuah negara memberikan peluang kepada pemain-pemain berbakat untuk menjadi pemain kebangsaan mereka.

Dalam kes Perancis, mereka sangat longgar dalam isu ini. Mereka boleh memberikan kerakyatan hanya dengan status pemain-pemain tersebut lahir di kawasan jajahan mereka pada suatu ketika dahulu ataupun moyang mereka pernah berjasa dengan kerajaan Perancis.

Portugal, Naturalisasi Dan Kejayaan Luar Biasa

Walau bagaimanapun, skuad Portugal EURO 2016 telah memecahkan satu fenomena baru, dengan memasukkan 9 pemain yang lahir di luar Portugal ke dalam skuad mereka.

Walaupun skuad Perancis 98/2000 banyak dipengaruhi pemain utama dari negara-negara bukan Perancis namun mereka tidak sedominan Portugal pada 2016.

Portugal telah berdiri dengan sumber alternatif hampir 50% daripada pasukan besar mereka dan hampir 70% dalam setiap kesebelasan utama untuk setiap perlawanan.

Dasar negara Portugal yang menyokong imigran untuk bersama-sama membangunkan negara telah menjadi asas kepada perkara ini.

Pendatang asing yang dirasakan meyumbang sesuatu kepada negara mereka tidak kisah mereka pendatang haram, pendatang sah atau perlarian, mereka boleh borpotensi diberikan kerakyatan atas dasar taat setia kepada negara Portugal.

8 daripada 9 pemain bukan kelahiran Portugal telah bermain dalam kejohanan tesebut kecuali penjaga gol simpanan yang lahir di Perancis, Anthony Lopes.

portugal

Tiga daripada 8 aktif tersebut, Raphael Guerreiro Adrien Silva lahir di Perancis manakala Cedric Soares lahir di Jerman. Mereka menjadi warganegara Portugal kerana sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu atau bapa mereka berbangsa Portugis.

Namun 3 pemain ini boleh dikatakan memang lebih pro-Portugis berbanding dengan Perancis kerana mereka sendiri yang memilih untuk mewakili Portugal berbanding negara kelahiran mereka.

Bek Real Madrid, Pepe, dilahirkan di Brazil di kawasan yang berutur bahasa Portugis. Ibu dan ayahnya memang orang Brazil. Pepe berpindah ke Portugal pada 2001 ketika berusia 18 tahun.

6 tahun kemudian beliau memilih untuk menjadi warganegara Portugal untuk mewakili pasukan bola sepak kebangsaan .

William Carvalho dilahirkan di Angola, manakala Nani dilahirkan di Cape Verde. Danilo Pereira dan Eder pula lahir di Guinea-Bissau. Mereka mendapatkan kewarganegaraan kerana faktor penjajahan.

Ketiga-tiga negara tersebut tanah jajahan Portugis dari 1974-1975. Selepas kemerdekaan, Portugal memberikan kelonggaran untuk rakyat-rakyat dari tanah jajahan mereka untuk menjadi warganegara.

Dengan syarat mereka harus menunjukkan sumbangan mereka kepada negara. Ada yang sekadar menjadi aktivis alam sekitar. Ia sudah memadai berdasarkan budi bicara pihak imigresen.

Nani, Carvalho dan Danilo, ketiga-tiga mereka telah diserap ke dalam skuad belia Portugal dan bermain dalam hampir kesemua peringkat dalam karier mereka untuk Portugal.

Nani mengharungi zaman kanak-kanak yang sukar. Beliau ditinggalkan oleh ibu bapanya di Portugal dan dibesarkan oleh ibu saudaranya.

Kelab bola sepak pertamanya, Real Massama paling banyak membantu beliau bukan sahaja dari segi karier bola sepak malah mereka turut membantu Nani untuk tinggal di tempat yang lebih selesa dengan makan minum tang terjaga ketika remaja.

Eder pastinya satu nama yang paling diingati dalam sejarah bola sepak Portugal. Beliau telah menjadi testimoni terbaik bahawa dasar imigran oleh Portugal mampu membuahkan hasil.

eder

Eder pada masa yang sama mewakili cerminan kesungguhan dan rasa terima kasih mereka yang bukan lahir Portugal kepada negara Portugal.

Pemain seperti Danilo, Carvalho, Guerreiro, Soares, Nani dan Eder masih ada potensi untuk terus menyumbang kepada Portugal pada masa-masa yang akan datang.

Di negara kita, kita sudah mulai mengambil langkah lebih aktif untuk membuka ruang kepada pemain-pemain yang ada kaitan dengan ‘Malaysia’ berdasarkan faktor keturunan ataupun lahir di Malaysia.

Baca juga :  Eder Ibarat Kisah Si Itik Hodoh Menjadi Angsa Yang Cantik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN