Keisuke Honda Mahu Bawa Klinik Bola Sepak ‘Soltilo Familia’ Miliknya Ke Malaysia

Keisuke Honda adalah pemain AC Milan dan skuad kebangsaan Jepun. Mungkin beliau bukanlah pemain paling popular di Eropah. Tetapi di Asia, pengaruh dan popularitinya dalam kalangan peminat bola sepak adalah antara yang terbesar.

Atas sebab itulah Keisuke Honda – melalui syarikat miliknya, Honda Estilo Inc. – akan melancarkan klinik bola sepak Soltilo Familia Soccer School di Malaysia.

Klinik bola sepak ini akan berjalan selama sebulan, bermula dari 6 Februari 2017 hingga 5 Mac 2017. Ia menyasarkan penyertaan dari kanak-kanak berumur 3 hingga 14 tahun.

Dalam klinik bola sepak selama sebulan ini, pelajar akan belajar cara latihan Keisuke Honda dan skil yang beliau gunakan sehingga mampu menjadi pemain bola sepak yang terkenal di seluruh dunia.

Walaupun Keisuke Honda sendiri tidak akan turun ke Kuala Lumpur untuk melancarkan klinik bola sepak ini, pelajar akan dilatih oleh 2 jurulatih profesional dari Jepun.

Apa itu Soltilo Familia Soccer School?

Soltilo Familia Soccer School diasaskan oleh Keisuke Honda melalui syarikatnya, Honda Estilo Inc., di Jepun pada Mei 2012.

Matlamat utama klinik bola sepak ini adalah untuk menggalakkan kanak-kanak mempunyai cita-cita dan bekerja keras untuk mencapainya. Seperti Honda.

Ketika ramai pemain bola sepak suka melakukan klinik bola sepak sebegini ketika sudah bersara, Honda percaya adalah penting baginya untuk melakukannya ketika popularitinya tinggi.

“Semasa saya kecil, saya pernah menghadiri klinik bola sepak yang dianjurkan oleh seorang bekas pemain profesional. Tapi disebabkan beliau telah bersara, ramai kanak-kanak yang tak memandangnya dengan rasa kagum,” kata Honda.

“Jadi sementara saya masih bermain di Eropah dan bergelar pemain skuad kebangsaan Jepun, saya fikir saya perlu berkongsi ilmu dan pengalaman saya sekarang.”

Sehingga ini, Soltilo Familia Soccer School sudah mempunyai 64 cawangan di seluruh Jepun, 2 di China dan 2 di Kemboja. Lebih 4,000 kanak-kanak terlibat dalam klinik bola sepak ini.

Info Soltilo Familia Soccer School di Malaysia

SOLTILO FAMILIA SOCCER SCHOOL One Month Program in MALAYSIA
Date: 6th February 2017 – 5th March 2017

Lokasi:

1) Futsal Rooftop The Zone (KLCC area)
Alamat: 161D, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur.

2) Laman Suria (Mont Kiara area)
Alamat: 13, Jalan Kiara, Sunway Spk 3 Harmoni, 50480 Kuala Lumpur.

3) Avenue K Rooftop (KLCC area)
Alamat: 156, Jalan Ampang, Kampung Baru, 55000 Kuala Lumpur.

Slot masa:

1) Pra-sekolah (umur 3 – 6)
Rabu : Avenue K Rooftop, 10am – 11am

2) Darjah 1 – 2 (umur 6 – 8)
Isnin : Futsal Rooftop The Zone, 4pm – 5pm
Sabtu : Laman Suria, 9am – 10am
Ahad : Laman Suria, 9am – 10am

3) Darjah 3 – 4 (umur 9 – 10)
Isnin : Futsal Rooftop The Zone 5pm – 6pm
Sabtu : Laman Suria, 10am – 11am
Ahad : Laman Suria, 10am – 11am

4) Darjah 5 – 6 (umur 11 – 12)
Rabu : Futsal Rooftop The Zone, 4pm – 5pm
Sabtu : Laman Suria, 11am – 12pm
Ahad : Laman Suria, 11am – 12pm

5) Tingkatan 1 – 2 (umur 13 – 14)
Rabu : Futsal Rooftop The Zone, 5pm – 6pm

Had umur peserta: Age 3 – 14
Tempoh latihan: 1 jam / sesi

Bayaran:

*Kelas percubaan kali pertama
RM 25 / sesi untuk pra-sekolah (umur 3 – 6)
RM 50 / sesi untuk lain-lain (umur 6 – 14)

*Kelas seterusnya
RM 50 / sesi untuk pra-sekolah (umur 3 – 6)
RM 100 / sesi untuk umur 6 – 14
RM 400 / 5 sesi untuk umur 6 – 14
RM 700 / 10 sesi untuk umur 6 – 14

* Satu sesi terhad kepada 20 peserta sahaja
* Siapa cepat dia yang dapat
* Peserta digalakkan membawa bola sendiri

Bagaimana untuk menyertainya?

Isi borang yang terdapat di pautan bawah:

https://goo.gl/forms/1aqS7ISXDlF8Gwjg1

Tarikh tutup permohonan: 3rd February 2017

Kod pakaian: Kelengkapan bersukan (Kasut bola berstad tajam tak dibenarkan)

[adrotate group=”6″]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN