Quantcast

BERITA

Logo Baru Juventus Dilancarkan Dengan Rekaan Yang Lebih Minimal

Logo baru Juventus dilancarkan selepas perkara itu diumumkan kelab menerusi presiden mereka – Andrea Agnelli.

Dalam pelancaran logo baru tersebut. Juventus lancar logo baru di dalam satu acara yang dilangsungkan di bandaraya Turin.

Setahun

Menurut Agnelli, logo baharu pasukan Juventus itu sebenarnya mengambil masa yang lama untuk mencipta logo yang terbaik.

Walaupun mempunyai ciri-ciri yang minimal di dalam logo terbaru, hakikatnya logo terbaru Juventus ini sebenarnya mengambil masa setahun untuk disiapkan!

“Kami menghabiskan masa selama setahun untuk menghasilkan satu logo yang memenuhi kemahuan pasaran masa kini.”

“Tetapi dalam masa yang sama, logo ini memaparkan nilai sense of belongings di dalam diri peminat Juventus serta mahu menandakan Juventus kini sudah bergerak menuju ke masa depan.”

Logo baru Juventus ini mempunyai rekaan cukup minimal dengan rekaan warna putih dan hitam yang membentuk huruf ‘J’. Dalam masa yang sama, diatasnya terdapat tulisan ‘Juventus’ diatasnya.

Masa depan

Dalam majlis pelancaran logo baru Juventus itu, beberapa pemain utama skuad Juventus telah hadir antaranya Leonardo Bonnuci serta Claudio Marchisio.

Selain itu juga, Giorgio Moroder yang merupakan pemuzik elektronik terunggul Itali juga berada di majlis tersebut untuk melakukan persembahan.

Beliau berkata, logo baru Juventus itu ibarat merupakan cerminan masa depan kepada kelab tersebut.

“Saya melihat masa depan bagi muzik ketika era 1970-an. Kini, Juventus pula yang telah menjumpai masa depan bola sepak mereka.”

Dalam pada itu, mereka juga mengeluarkan satu video khas untuk mempromosikan logo baru Juventus.

Apa kata peminat?

Bagi peminat Juventus, logo baru Juventus ini memperoleh reaksi bercampur-campur dari kalangan peminat mereka.

Ada sesetengah dari mereka dapat menerima kehadiran logo baru Juventus ini. Cuma, mereka berasakan mereka perlu mengambil sedikit masa untuk menerima kehadiran logo ini.

Ada juga daripada mereka yang merasakan logo itu mempunyai nilai mesra-digital (friendly-digital). Hal ini kerana, logo yang bersifat minimal itu dapat memberikan kemudahan kepada pengguna-pengguna digital.

Namun ada tidak kurangnya mereka yang tidak gemar akan logo ini. Ada yang berkata logo itu telah direka oleh seorang doktor untuk melakukan ujian penglihatan kepada pesakitnya!

Apa komen adan mengenai logo ini?

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Pogba Terangkan Peranan Beliau Di Manchester United