Keisuke Honda Pernah Bermimpi Menjuarai Piala Dunia Sejak Usianya 6 Tahun

Sebelum sepak mula bertemu Senegal, penyerang Jepun Keisuke Honda telah berkongsi kisah hidupnya yang pernah bermimpi menjuarai gelaran Piala Dunia sejak dirinya berusia enam tahun.

Honda menceritakan bahawa beliau mendapat inspirasi mimpi tersebut ketika ayah kandungnya mengajak beliau membaca kisah biografi mengenai legenda bolasepak Brazil iaitu Pele.

Meskipun pasukannya bukan sebuah pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2018, penyerang berusia 32 tahun itu tetap bertekad mahu merealisasikan mimpinya itu menjadi satu kenyataan.

“Saya rasa Piala Dunia kali ini adalah yang terakhir bagi saya. Umur saya sudah 32 tahun dan untuk empat tahun lagi adalah waktu yang cukup lama.” ujarnya.

“Saya tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku empat tahun yang akan datang.”

“Jadi kesempatan dan peluang ini, saya akan berikan seluruh tenaga untuk skuad di Piala Dunia 2018.”

Honda yang sebelum ini pernah tersenarai dalam skuad Jepun pada dua edisi Piala Dunia iaitu tahun 2010 dan 2014, amat berharap kemunculannya di Piala Dunia buat kali ketiga ini dapat memberikan sesuatu yang lebih bermakna dalam karienya.

“Saya amat berharap Piala Dunia kali ini saya dapat membantu pasukan dengan melakukan yang terbaik.”

Skuad Jepun bermula langkah kanan pada Piala Dunia kali ini, selepas berjaya menewaskan Colombia 2-1 sebelum mengikat Senegal 2-2.

Keisuke Honda berjaya mencipta nama sebagai penjaring apabila menjaringkan gol penyamaan ketika membantu pasukannya mengikat Senegal 2-2 dalam aksi kedua Kumpulan H di Arena Ekaterinburg, semalam.

Ini menjadikan Keisuke Honda sebagai pemain Jepun pertama yang menjaringkan gol dalam dua edisi Piala Dunia berlainan.

Beliau juga  mencatat rekod penjaring terbanyak Jepun dalam sejarah Piala Dunia FIFA dengan empat gol setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN