‘Caption’ Piala Dunia Buletin Utama TV3 Cuit Hati Netizen

Lumrah manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Namun anda tidak boleh menafikan sedikit sebanyak, ‘caption’ yang sering digunakan oleh TV3 untuk slot Piala Dunia telah berjaya menarik perhatian ramai.

Caption-caption ini bukan sahaja digunakan di Buletin Utama yang mula bersiar jam 8 malam. Malah caption sebegini turut digunakan di slot berita yang lain seperti Buletin Pagi dan juga Buletin 1:30 yang bersiaran pada tengah hari.

Ada di kalangan netizen menganggap langkah TV3 menggunakan kata-kata ‘catchy’ ini sebagai kreatif, dan menghiburkan. Ada juga yang kurang bersetuju dengan langkah TV3 sebagai media arus perdana untuk berbuat demikian.

Ia bernada sarkastik, namun pada pendapat kami, ia tidak lebih daripada ‘friendly banter’ sebagai usikan kepada kaki bola.

Ini menyebabkan ramai di kalangan penonton tidak sabar-sabar menunggu siaran Buletin dari TV3 untuk bersiaran, merakamkan gambar, sebelum memuat naik ke dalam leman media sosial.

Caption Messi antara tumpuan

Antara caption yang menarik perhatian ramai ialah ‘caption’ berkaitan bintang Barcelona, Lionel Messi dan pasukannya Argentina.

Selepas sekadar seri 1-1 menentang Iceland, caption: ‘ADA MESSI PUN TAK MENANG’ mulai menarik perhatian penonton.

Selepas tewas, perlawanan kedua menentang Croatia, caption Buletin Pagi berbunyi: “Messi, Argentina Beri Lampu Hijau Mahu Dikecam.

Dan dengan tidak semena-mena, ia dikaitkan dengan Pulau Pinang. Mungkinkah ia merujuk kepada prestasi pasukan Pulau Mutiara disaingan Liga Malaysia?

Dan siapa boleh menafikan Messi dan Argentina dimalukan oleh Croatia dengan kekalahan 3-0 tanpa melawan?

Sistem VAR

Tidak ketinggalan ialah sistem VAR yang diperkenalkan di edisi Piala Dunia kali ini.

Ia merujuk kepada penalti yang disempurnakan oleh Mile Jedinak untuk menyamakan kedudukan selepas Cristian Eriksen terlebih dahulu meletakkan Denmark di hadapan. VAR menganugerahkan sepakan penalti tersebut.

Samba Brazil

Dua gol lewat Brazil untuk menewaskan Costa Rica yang bertahan sepanjang perlawanan turut dihiasi dengan caption ‘Samba Brazil Lewat Sangat’.

Caption tersebut kelihatan mudah, tetapi selamba dan menghiburkan penonton.

Mesir bukan Liverpool

Malah pemain tumpuan ramai seperti Mohamed Salah turut tidak terlepas daripada caption bernada gurauan TV3. Berbeza dengan di Liverpool, Salah hanya mampu menjaringkan 1 gol setakat ini di Rusia.

Bob Marley di Rusia

Turut mengudang caption menarik di TV3 ialah jurulatih Senegal, Aliou Cisse dalam perlawanan di antara Senegal dan Poland semalam.

Mana tidaknya, Cisse yang berimej rasta ala-ala Snoop Dogg ini berada di tepi padang. Bob Marley dikaitkan dengan Cisse oleh TV3.

Colombia warna biru

Kejutan oleh Jepun yang menewaskan Colombia 2-1 turut mendapat liputan dengan Colombia diwarnakan biru menggunakan cat jenama Nippon Paint.

Iceland dibekukan

Turut mendapat perhatian ialah Iceland yang ditewaskan oleh Nigeria. Kerana nama negara tersebut, dan lokasinya di bahagian Atlantik Utara, Iceland dikatakan telah dibekukan oleh Nigeria.

Nigeria menewaskan Iceland 2-0 dalam perlawanan tersebut untuk negara menafikan mereka mencipta sejarah lebih awal dalam Piala Dunia sulung yang disertai Iceland.

Juara bertahan hampir terkangkang

Tidak boleh lari dari perhatian ramai semestinya ialah nasib juara bertahan Jerman, yang terselamat daripada disingkirkan melalui jaringan masa tambahan Toni Kroos.

Siapa kena balun?

Dan selepas England membelasah Panama 6-1 pada malam tadi, Buletin Pagi memilih perkataan ‘balun’ menghiasai caption berita mereka pada pagi tadi.

Hrmm..nasib baik bukan caption pasal hatrik Harry Kane. Kalau tidak, agaknya apa caption yang akan diberikan.

Rumusan

Kami percaya akan ada lagi banyak caption-caption menarik oleh TV3 selepas ini. Apatah lagi pusingan ke-3 akan berlangsung, dan 16 pasukan terbaik akan disahkan pada pusingan ini.

Atau adakah kami terlepas caption menarik lain dari TV3 sepanjang Piala Dunia ini? Kongsikan dengan kami.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN