Bekas pemain tengah Jepun yang juga kini merupakan ejen bebas, Keisuke Honda membuat tawaran terbuka khas kepada Manchester United untuk mendapatkan servis beliau di Twitter semalam.
Give me an offer. I don't need money but I need to play with great team and great team mate! @ManUtd @ManUtd_JP
— Keisuke Honda (@kskgroup2017) September 27, 2019
Menurut Honda, beliau ‘tidak perlukan duit’. “Tetapi saya nak bermain dengan pasukan hebat dan rakan sepasukan yang hebat,” tulisnya lagi.
Honda, 33, kali terakhir bermain untuk kelab A-League, Melbourne Victory. Pemain yang terkenal dengan teknik sepakan percuma ini sedang aktif mencari kelab baru, meskipun kelihatan sibuk dengan tugasnya sebagai pengurus pasukan kebangsaan Kemboja.
Honda diwakili ejen yang juga merupakan abangnya. Berdasarkan laporan media di Jepun, abangnya merupakan ejen yang bagus. Diakatakan pengarah sukan AC Milan, Ariedo Braida pada mulanya tidak berminat menandatangani Honda langsung.
Tetapi abangnya pergi berjumpa dengan Adriano Galliani (bos Ariedo Brada di Milan) dan menawarkan AC Milan perjanjian penajaan di mana syarikat Jepun yang memegang hak imej Honda membayar kelab Itali itu untuk menandatanganinya dan memberinya jersi nombor 10.
Langkah ini membuatkan nilai pasaran Honda meningkat naik berbanding kekal bermain di CSKA Moscow.