‘Kehilangan’ Arif Aiman, Debut Endrick & Paulo Josue Tarik Perhatian

Kehilangan Arif Aiman Endrick Paulo Josue Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru sahaja mengumumkan senarai kesebelasan utama dan kehilangan Arif Aiman Hanapi jadi tumpuan.

Ketiadaan pemain sayap menyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sedikit menimbulkan persoalan sama ada beliau mengalami kecederaan atau direhatkan untuk perlawanan pemanas badan menentang Turkmenistan.

Tentunya penyokong mahu melibat aksinya yang menyerlah di pentas Liga Super musim ini. Namun, bukan hanya dalam skuad utama, beliau juga tiada di bangku simpanan. Apa yang berlaku kepada Arif pada ketika ini.

Besar kemungkinan beliau direhatkan oleh pengendali, Kim Pan-gon. Ini kerana, beliau sudah beraksi dalam lima perlawanan liga buat JDT dan salah seorang daripada tujuh pemain yang bermain semua perlawanan.

Tempat beliau sama ada akan diambil alih oleh Akhyar Rashid ataupun Faisal Halim yang diturunkan dalam kesebelasan utama perlawanan ini.

Kedua-dua pemain ini berkemampuan bermain di kedua-dua posisi sama ada di posisi sayap kanan atau kiri, menjadikan mereka calon utama.

Selain itu, turut mencuri tumpuan dalam kesebelasan utama pada malam ini adalah debut yang diberikan buat dua pemain naturalisasi iaitu Paulo Josue dan Endrick dos Santos. Kedua-duanya merupakan ‘playmaker’ buat pasukan masing-masing, malah cemerlang setakat lima perlawanan.

Kedua-duanya merupakan pemain kelahiran Brazil, namun bakal mewakili skuad Harimau Malaya selepas beraksi di Malaysia selama lima tahun.

Gandingan samba kedua-dua pemain ini di jentera tengah bakal memberi dimensi baharu buat skuad negara dan ia menarik untuk disaksikan.

Menurut data daripada Atlead Pass, mereka berhasil mencipta jumlah percubaan tepat yang sama iaitu enam, namun dari segi ketepatan hantaran, Endrick lebih unggul dengan merekodkan 76 peratus ketepatan berbanding Paulo yang hanya berhasil merekodkan 58 peratus ketepatan hantaran.

Jadi, Endrick yang sudah melakar tiga gol akan diberikan tugas sebagai ‘playmaker’ untuk perlawanan menentang Turkmenistan malam ini.

Kehilangan Arif tidak perlu dipersoalkan. Mungkin ia strategi oleh Kim selain memberi peluang pemain berusia 20 tahun itu berehat dahulu.

Mata kita bakal tertumpu kepada bagaimana skuad kebangsaan tanpa pemain seperti Arif selain kombinasi samba dua pemain, Endrick dan Paulo yang bakal membuat debut untuk Harimau Malaya. Apa pendapat pembaca?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN