Kehilangan 3 Pemain Ini Jadi Punca Chelsea Haru Biru

Chelsea pada musim ini tidak dinafikan sedang melalui musim yang sangat mendukacitakan dan jelas sekali para penyokong mereka tidak gembira melihat situasi tersebut.

Walaupun sudah mengukuhkan skuad dengan mendapatkan para pemain bintang, malangnya ia sama sekali tidak membantu The Blues untuk mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu bukan hanya bergelut untuk menjaringkan gol, bahkan mereka juga turut sukar untuk mencatatkan kemenangan.

Chelsea hanya mampu mencatatkan 3 kemenangan sahaja dari lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

The Blues memulakan kempen saingan Premier League musim ini dengan mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Liverpool.

Walau bagaimanapun, aksi mereka terus merosot selepas dari itu dengan The Blues kini berada di kedudukan ke-11 dalam carta saingan Premier League.

Namun begitu, apa sebenarnya punca kejatuhan skuad Chelsea pada ketika ini? Mengapa mereka dilihat terlalu bergelut untuk mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka?

Walau ini tidak sepatutnya menjadi satu alasan, namun harus diakui yang kecederaan pemain turut menjadi faktor mengapa Chelsea bergelut pada musim ini.

Walaupun skuad The Blues dibanjiri pemain-pemain bintang berprofil tinggi, namun kehilangan pemain penting jelas sekali boleh beri impak kepada skuad kendalian Mauricio Pochettino itu.

Berikut merupakan 3 pemain penting Chelsea yang terpaksa direhatkan musim ini atas faktor kecederaan dan mungkin kehilangan mereka beri impak negatif kepada kelab dari London itu.

3) Wesley Fofana

Wesley Fofana merupakan antara pemain penting dalam skuad Chelsea yang terpaksa berehat panjang kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Pemain kebangsaan Perancis itu mengalami masalah kecederaan ketika musim panas baru-baru ini dan hal tersebut menyebabkan beliau tidak terlibat dengan aksi pra musim bersama The Blues.

Fofana masih dalam fasa penyembuhan selepas melakukan pembedahan dan sehingga kini masih belum jelas bila sebenarnya tarikh beliau boleh kembali beraksi semula.

Walaupun baru berusia 22 tahun, namun harus diakui yang bekas bintang Leicester City itu antara tonggak penting di posisi pertahanan tengah Chelsea.

Fofana, Thiago Silva dan Benoit Badiashile merupakan antara 3 pemain yang dianggap paling penting serta paling layak untuk memimpin barisan pertahanan The Blues.

Walaupun begitu, Pochettino mungkin sedikit pening kepala kerana beliau bukan hanya kehilangan Fofana, namun pengendali tersebut juga turut terlepas khidmat Badiashile.

Hal ini menyebabkan Mauricio Pochettino terpaksa menggunakan Axel Disasi sebagai pemain utama pilihannya sebagai pengganti Fofana yang sedang berehat panjang.

Masalah kecederaan jelas sekali mengganggu Wesley Fofana untuk membuktikan yang beliau selayaknya ditandatangani dengan nilai £70 juta kerana kehebatan yang beliau miliki.

Musim lalu, kecederaan lutut menyebabkan beliau terlepas banyak perlawanan dan hanya tampil sebanyak 22 perlawanan sahaja dari semua pertandingan bersama Chelsea.

Seandainya beliau sudah pulih sepenuhnya, tentu saja Pochettino bakal menggandingkan Fofana dengan Silva dan berharap kedua-dua pemain itu bakal membentuk gandingan luar biasa menakjubkan di benteng pertahanan Chelsea.

2) Reece James

Jelas sekali kehilangan Reece James merupakan antara yang paling dirasai oleh skuad Chelsea pada ketika ini dan ketiadaan ketua pasukan mereka itu benar-benar beri impak buruk kepada skuad The Blues.

Pemain kebangsaan England itu jelas sekali merupakan nadi untuk Chelsea dan beliau juga antara pemain yang konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaik untuk kelab.

Tidak dilupakan juga, Reece James turut dianggap sebagai antara pemain pertahanan kanan terhebat dalam saingan Premier League dan juga di pentas bola sepak Eropah.

Masalah kecederaan merupakan masalah terbesar pemain berusia 23 tahun itu dengan beliau turut terlepas 45 perlawanan sejak beberapa musim kebelakangan ini atas faktor tersebut.

Bahkan James turut terlepas kesempatan untuk beraksi di Piala Dunia baru-baru ini kerana mengalami kecederaan lutut beberapa minggu sebelum kejohanan bermula.

Dek kerana ramai pemain berpengalaman telah meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas baru-baru ini, James telah dilantik untuk menjadi ketua pasukan oleh Pochettino.

Ketika aksi bertemu Liverpool pada awal musim baru-baru ini, James telah dibelenggu masalah kecederaan dan beliau terpaksa dikeluarkan pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut.

Dan kerana beliau dianggap sebagai pemain terbaik The Blues, maka jelas sekali kehilangan beliau beri impak besar buat skuad kendalian Mauricio Pochettino itu.

1) Christopher Nkunku

Pemain kebangsaan Perancis ini merupakan antara pembelian terbesar Chelsea pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Christopher Nkunku telah ditandatangani oleh Chelsea dari RB Leipzig dengan yuran perpindahan bernilai £52 juta.

Nkunku tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain penyerang paling prolifik di pentas bola sepak Eropah pada ketika ini.

Musim lalu, walaupun beliau terlepas beberapa perlawanan bersama RB Leipzig, namun hal itu tidak menghalang beliau untuk meledak 16 gol dan memenangi kasut emas dalam saingan liga.

Kejayaan kelab mendapatkan pemain penyerang sehebat Nkunku jelas sekali berjaya membuatkan para penyokong menjadi sangat teruja.

Dek kerana jentera serangan The Blues bergelut untuk menjaringkan gol pada musim lalu, maka jelas sekali kehadiran Nkunku diharapkan bakal merubah hal tersebut.

Beliau cemerlang menunjukkan kemampuannya sebagai pemain penyerang berbisa ketika aksi pra musim baru-baru ini dengan beliau berjaya meledak 3 gol dari lima perlawanan di Amerika Syarikat.

Beliau juga berjaya mencipta gandingan luar biasa menakjubkan bersama Nicolas Jackson dan tentu saja peminat sangat teruja melihat hal tersebut.

Walau bagaimanapun, ketika aksi terakhir pra musim bertemu Borussia Dortmund, pemain penyerang itu telah menderita masalah kecederaan lutut dan menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang.

Ketiadaan beliau jelas sekali memberi impak kepada skuad The Blues pada ketika ini dan peminat turut sepakat yang Chelsea bergelut mendapatkan jaringan kerana mereka tiada pemain seperti Nkunku di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN