Kehebatan Mourinho Masih Belum Cukup Halang Kekuatan Sevilla Di Final UEL

Kekalahan AS Roma kepada Sevilla di Europa League (UEL) menjadikan ia kekalahan pertama bagi Jose Mourinho dalam kariernya di sepanjang perlawanan akhir di kejohanan Eropah.

Namun begitu, ia tetap satu kebanggaan bagi penyokong AS Roma kerana pasukan ini berjaya melangkah ke pentas akhir untuk dua tahun berturut-turut dalam kejohanan yang berbeza dan mereka tewas pula hanya menerusi penentuan sepakan penalti.

Jika sebelum ini, lima perlawanan akhir bersama pasukan yang berbeza menyaksikan kejuaraan menjadi miliknya namun kali ini mungkin disebabkan pasukan yang sama dibimbing untuk dua tahun berturut-turut ke perlawanan akhir menyebabkan nasib itu tidak menyebelahi dirinya.

Adakah itu sumpahan buat jurulatih tersebut iaitu hanya boleh merangkul kejuaraan di pentas Eropah dengan pasukan yang berbeza dan jarak tahun yang berlainan?

Beliau yang digelar ‘The Special One’ dek kerana berjaya membimbing sesebuah pasukan mendapatkan sekurang-kurangnya satu piala kecuali ketika bersama Tottenham Hotspur dan ini jarang dilakukan oleh jurulatih lain.

Meskipun ramai orang mengecam taktikal bertahan yang sering digunakan oleh jurulatih ini namun jika keputusan itu memberi impak positif dan membawa kejayaan maka ia masih dianggap relevan. Inilah kelebihan yang ada pada jurulatih kelahiran Portugal ini.

Semalam, Roma bimbingan Mourinho kalah kepada Sevilla menerusi penentuan sepakan penalti selepas mendahului menerusi gol Paolo Dybala.

Jesus Navas kemudiannya menyamakan kedudukan untuk Sevilla sebelum permainan terpaksa ditentukan pemenangnya menerusi penentuan sepakan penalti.

Roma kemudiannya kalah 4-1 dalam penentuan sepakan penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN