UiTM Kini Kembali & Mereka Dikenali Sebagai UiTM United

UiTM United

Selepas mereka tidak melibatkan diri lagi dalam saingan Liga Malaysia, pasukan universiti iaitu UiTM kini kembali dengan penjenamaan semula melibatkan kelab tersebut.

Kini tidak lagi dikenali sebagai UiTM, pasukan universiti ini akan dikenali sebagai UiTM United setelah dilancarkan semula pada hari ini.

Penjenamaan semula ini menyaksikan perubahan logo bagi pasukan ini dengan permulaan baharu buat kelab ini.

Logo baharu yang lebih segar menyaksikan warna biru gelap  sambil figura singa yang turut menjadi sebahagian daripada identiti kelab sejak dari dahulu.

Menurut laman Facebook UiTM United, mereka tidak lagi akan bersaing dalam saingan utama tertinggi bola sepak Malaysia.

Sebaliknya, mereka akan memulakan hidup baharu dengan beraksi dalam kancah Liga M4 sebelum kembali mendaki piramid bola sepak Malaysia.

United bagaimana pun tidak hadir dengan satu pasukan sahaja, mereka juga turut mempunyai pasukan simpanan yang dikenali sebagai UiTM United 2.

Mereka pula beraksi dalam saingan Liga FAS di Selangor yang dilatih oleh bekas pemain Selangor, Fairuz Abdul Aziz.

Skuad United ini akan ditunjangi oleh 100% mahasiswa-mahasiswa UiTM itu sendiri dan tidak akan menggunakan pemain import atau pun bekas pemain kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN