Kehangatan Liga Futsal Kebangsaan 2018 Bakal Kembali Menemui Peminat Futsal Tanah Air

Liga Futsal Kebangsaan

Liga Futsal Kebangsaan bakal kembali menemui peminat futsal tanah air apabila tirai saingan liga futsal berprestij di tanah air itu akan berlangsung bermula Sabtu ini di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Juara musim lalu, Melaka United akan bersaing bersama-sama Felda United, Pahang, KL City, Perak, Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Terengganu bagi memburu kejuaraan musim 2018.

Dua lagi pasukan, Kuantan Rangers dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) turut melayakkan diri ke saingan liga utama setelah kedua-dua pasukan tersebut berjaya melepasi pusingan kelayakan yang diadakan pada Januari lalu.

Manakala bagi kategori wanita pula, lapan pasukan disahkan akan bertanding iaitu Felda United (juara 2017), Perak, PDRM, Sarawak, Sabah, MPSJ, Negeri Sembilan dan KL Imigresen FC.

Pada edisi 2017, Melaka United muncul juara kategori lelaki buat pertama kali selepas mengenepikan cabaran hebat yang diberikan oleh Felda United dan Pahang.

Pemain kebangsaan,  Muhammad Azri Rahman (Felda United) muncul penjaring terbanyak setelah beliau menjaringkan 20 gol selepas mengharungi 16 perlawanan liga.

Jadual perlawanan Liga Futsal Kebangsaan minggu pertama.

Bagi kategori wanita pula, Felda United mengungguli saingan untuk meraih hadiah wang tunai bernilai RM 80,000.00 dan pemain Kuala Lumpur Ally Group, Steffi Sarge Kaur menjaringkan 18 gol untuk meraih anugerah penjaring terbanyak.

Saingan di Liga Futsal Kebangsaan ini menjadi landasan yang tepat buat para pemain futsal tanah air untuk menyajikan aksi yang menarik sekaligus mengintai peluang untuk disenaraikan ke dalam skuad futsal kebangsaan di bawah bimbingan Chiew Chun Yong.

Pasukan manakah yang akan meraih kejuaraan musim ini? Sama-sama kita saksikan aksi futsal berintensiti tinggi yang dipamerkan di Shah Alam.

Foto: Arena Futsal Malaysia

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN