Ernesto Valverde: Kelebihan Jaringan Tempat Lawan Bukan Jaminan Ke Suku Akhir

Ernesto Valverde

Lionel Messi berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Barcelona pada pertemuan menentang Chelsea di Stamford Bridge pagi tadi sekaligus memberikan kelebihan jaringan di tempat lawan buat Barcelona.

Bagi pengendali Barcelona, Ernesto Valverde, kelebihan tersebut bukanlah jaminan buat skuad bimbingannya bagi melayakkan diri ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Gol tersebut berpunca dari kesilapan yang dilakukan pertahanan Chelsea, Andres Christensen.

Pemain antarabangsa Denmark itu membuat hantaran yang berjaya dipintas Andres Iniesta untuk membuka peluang kepada Messi bagi menyamakan kedudukan.

Valverde mengakui jaringan tersebut cukup penting buat Barcelona tetapi beliau tidak merasakan jaringan tersebut sudah memberikan keselesaan pada pertemuan kedua di Nou Camp nanti.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 20: Lionel Messi of Barcelona runs between Andreas Christensen and Ngolo Kante of Chelsea during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Chelsea FC and FC Barcelona at Stamford Bridge on February 20, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Jaringan penyamaan itu sangat penting buat kami, menjaringkan gol disini,” Valverde berkata dalam sidang media selepas perlawanan tersebut.

”Mereka (Chelsea) mungkin gembira dengan keputusan ini dan kami perlu menghormati corak permainan yang mereka terapkan.”

”Mereka tidak melakukan banyak hantaran seperti kami tetapi mereka menekan dan memberikan kesukaran buat kami. Jaringan tempat lawan yang diperoleh tidak memberikan jaminan tetapi ianya sangat penting.”

”Kami melakukan perkara yang positif. Kami mencuba untuk menguasai permainan. Kami mempunyai banyak penguasaan dan mencuba untuk mendekati gol. Mereka pula mencuba untuk memerangkap kami dengan serangan balas.”

”Tetapi kami berjaya menggunakan kesempatan diatas kesilapan mereka dan mendapatkan jaringan penyamaan dan ianya adalah keputusan yang baik diakhirnya.”

Ketua pasukan Barcelona, Andres Iniesta turut mengakui laluan sukar pasti akan dihadapi beliau dan rakan sepasukan pada perlawanan kedua nanti.

”Chelsea adalah antara sebuah pasukan yang terbaik di Eropah dan secara umumnya kami beraksi dengan baik. Pertembungan kedua nanti sudah pasti akan menjadi perlawanan yang sukar.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN