Sistem video assistant referee atau VAR masih lagi giat diuji di merata tempat di dunia.
Sistem itu nyata masih punya kelemahannya. Paling ketara adalah masa yang diambil terlalu lama untuk mendapatkan keputusan yang tepat menerusi sistem itu.
Tetapi di Portugal, lain pula ceritanya.
Dalam aksi perlawanan di antara pasukan Aves dan juga Boavista, satu insiden VAR telah berlaku terhadap pasukan Boavista.
Ketika itu, jaringan gol adalah 2-0 memihak Aves (jersi merah) dan mereka menjaringkan gol ketiga mereka menerusi sepakan penjuru ke gol Boavista (jersi hitam).
Gol itu jika dilihat semula jelas sekali ofsaid, dan pemain Boavista mahukan pengadil melakukan penilaian semula menerusi sistem VAR.
Kesukaran timbul apabila ketika penilaian VAR dilakukan, kamere VAR tidak dapat mengesan situasi ini kerana gangguan dari penyokong!
Kamera VAR itu berada sebaris dengan zon golongan penyokong tegar Boavista. Di hadapan kamera mereka, sebuah bendera besar yang dikibarkan oleh penyokong Boavista.
Oleh kerana kibaran itu, kamera VAR tidak dapat membantu pengadil dan gol ketiga itu diberikan kepada pihak lawan.
Saksikan video penuh kejadian itu dengan menonton video di bawah.
https://streamable.com/phm4x