Patrice Evra Bakal Kembali Ke Liga Perdana Inggeris

West Ham dilaporkan bakal membawa masuk bekas bek kiri Manchester United, Patrice Evra dengan tawaran kontrak sehingga penghujung musim ini.

Pemain berusia 36 tahun itu, masih tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak meninggalkan Marseille secara persetujuan bersama pada November lalu.

(Photo by Laurens Lindhout/Soccrates/Getty Images)

Keputusan meninggalkan Marseille diambil oleh Evra dan pihak kelab setelah satu insiden menyepak penyokong oleh pemain tersebut, sebelum sepak mula perlawanan UEFA Europa League menentang Vitoria Guimaraes.

Akibat daripada kejadian tersebut, Evra telah digantung oleh UEFA daripada mana-mana pertandingan badan induk bola sepak Eropah itu sepanjang musim ini.

(Photo credit should read MIGUEL RIOPA/AFP/Getty Images)

Walaupun demikian, Evra masih boleh beraksi di peringkat domestik termasuk di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama West Ham.

Evra bukanlah watak yang asing bagi pengurus West Ham, David Moyes. Pemain tersebut pernak beraksi di bawah kendalian Moyes ketika kedua-duanya masih bersama Manchester United.

Bagaimanapun, Evra meninggalkan Old Trafford pada 2014 untuk menyertai Juventus. Evra beraksi selama tiga musim bersama kelab dari Turin tersebut, sebelum menyertai Marseille pada Januari 2017.

(Photo by Mike Egerton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Sepanjang bersama Manchester United di antara tahun 2006 sehingga 2014, Patrice Evra telah membantu kelab Manchester itu memenangi sembilan kejuaraaan utama, termasuk 5 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan juga UEFA Champions League pada 2008.

Aksi beliau di Liga Perdana Inggeris turut tidak pernah lari daripada kontroversi apabila terlibat dengan insiden melibatkan Luis Suarez yang merupakan penyerang Liverpool pada Oktober 2011.

Insiden tersebut menyebabkan Suarez yang kini bersama Barcelona, digantung sebanyak lapan perlawanan kerana tuduha mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap Evra.

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Selepas meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Juventus, Evra membantu La Vecchia Signora untuk menjulang kejuaraan Serie A pada musim 2014/15 dan juga 2015/16.

Evra juga merupakan sebahagian daripada dominasi Juventus di Itali, apabila membantu kelab Turin itu menjuarai Coppa Italia selama dua musim mereka menjuarai Serie A untuk gelaran berganda.

Patrice Evra turut merupakan sebahagian daripada anggota skuad Juventus yang tewas 3-1 kepada Barcelona di perlawanan akhir UEFA Champions League pada musim 2014/15.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN