Kegagalan Chile Ke Piala Dunia Petanda Berakhirnya Era ‘Generasi Emas’

Generasi Emas Chile

Perjalanan Chile dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 akirnya menemui titik noktah selepas tewas 2-0 kepada Uruguay tempoh hari, sekaligus gagal menempatkan diri ke pusingan akhir dalam dua edisi berturut-turut.

Kegagalan ini juga dianggap sebagai petanda jelas berakhirnya era skuad ‘Generasi Emas’ Chile yang pernah menguasai Amerika Latin dengan menjuarai Copa America dua kali secara ‘back-to-back‘ pada 2015 dan 2016.

Bagi kapten Chile, Gary Medel, kegagalan untuk menempah tiket ke Qatar merupakan kegagalan yang paling besar dalam kariernya. Namun pemain berusia 34 tahun itu merasakan belum tiba masanya untuk beliau bersara.

Chile menamatkan kempen pusingan kelayakan di tangga ketujuh dari 10 pasukan Amerika Selatan dengan hanya menang lima dari 18 perlawanan. Mereka tewas di Venezuela buat kali pertama dan seri berdepan Bolivia yang kali terakhir ke Piala Dunia pada 1994.

Empat pasukan yang telah memastikan tempat ke pusingan akhir adalah Brazil, Argentina, Uruguay dan Ecuador. Peru yang menduduki tangga kelima pula bakal membuat perhitungan dalam pusingan playoff.

Berdasarkan senarai skuad sedia ada, pemain-pemain bintang Chile terutamanya yang berpangkalan di Eropah sudah pun melebihi melebihi usia 30 tahun.

Charles Aranguiz 32, Alexis Sanchez, Mauricio Isla 33, Arturo Vidal, Medel 34 dan Claudio Bravo 38. Maka sudah tentu agak sukar untuk melihat pemain-pemain ini beraksi untuk edisi seterusnya pada 2026.

Setakat ini mungkin ada beberapa pemain muda yang agak berpotensi seperti penyerang Blackburn Rovers, Ben Brereton yang telah menjaringkan empat gol dari 11 penampilan di peringkat antarbangsa.

Namun pastinya agak sukar untuk membentuk generasi baharu yang sekurang-kurangnya mampu menyamai kaliber kumpulan pemain-pemain veteran yang dianggap generasi terbaik dalam sejarah bola sepak Chile.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN