“Teruja Dapat Jaringan Pertama” – Petrus Shitembi Syukur Beraksi Untuk Terengganu

Petrus Shitembi selaku pemain tengah import baharu Terengganu II nyata berada dalam motivasi terbaik beliau setakat ini apabila berjaya memulakan kempen saingan Liga Premier 2022 dengan memberi kemenangan buat skuad itu selain turut menjadi penjaring gol pertama pasukan.

Pada perlawanan pertama Terengganu II menentang Perak, pemain yang berasal dari Namibia ini menjadi peledak gol pertama buat pasukan dan berjaya menyemarakkan lagi semangat Shitembi untuk beraksi setelah musim lalu beliau ditimpa kecederaan ACL.

Menurut beliau, tahun lalu menjadi musim terburuk beliau sepanjang menjadi pemain bola sepak profesional setelah ditimpa kecederaan dan berhasrat untuk memulihkan kembali tahap kecergasannya kepada ke arah lebih baik bagi membantu pasukan.

“Pertama sekali, saya rasa sangat gembira apabila dapat kembali bersama pasukan cuma masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dan perlu fokus perlawanan demi perlawanan.

“Yang penting, sudah tentu saya rasa teruja apabila dapat mulakan saingan dengan jaringan gol dan ini pula merupakan sentuhan pertama saya atas padang apabila musim lepas tidak berpeluang untuk beraksi.

“Tetapi, saya sentiasa katakan kepada diri saya bahawa perjalanan masih lagi jauh tetapi saya cuba untuk beransur-ansur mendapatkan balik kecergasan yang lebih baik.

“Rasa bersyukur apabila dikelilingi dengan orang yang sentiasa menyokong saya dan memahami situasi yang pernah saya hadapi sebelum ini selain menerima saya untuk kembali ke dalam pasukan”, jelasnya menerusi laman web rasmi MFL.

Setakat ini fokus pemain tengah lincah tersebut hanya mahu mendapatkan semaksimum mungkin minit permainan selain mahu bebas daripada sebarang kecederaan serta tidak mahu memikirkan peluang beliau untuk beraksi bersama pasukan utama Terengganu di Liga Super.

Beliau sedar, jurulatih pastinya mempunyai perancangan yang lebih baik buat dirinya dan pasukan dalam pemilihan para pemain selain mengakui persaingan sengit untuk merebut posisi utama selaku pemain tengah di pasukan utama apabila Habib Haroon turut mempamerkan rentak permainan yang baik.

“Saya bersyukur apabila dapat bersama pasukan yang memiliki pemain berkualiti, dan saya rasa sesiapa sahaja yang diberi peluang, mesti akan melakukan yang terbaik.

“Saya pula tidak terlalu memikirkan mengenai perkara itu sebab sasaran saya adalah untuk bermain apatah lagi sudah lama tidak beraksi.

“Jadi, tiada yang lebih daripada itu dalam fikiran saya sekarang kecuali hanya ingin mendapatkan kecergasan balik dan bantu pasukan tidak kira di pasukan utama atau Terengganu FC II”, tambahnya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN