Kedua-Dua Kelab Rusia Ini Dipisahkan Dengan Jarak Lebih 10 Ribu Kilometer

Memenuhi tuntutan menghadiri perlawanan adalah penting dalam sukan bola sepak. Jika tidak hadir, ia akan menjadi isu besar yang akan memberi tumpuan.

Tetapi bagi kedua-dua kelab, ia tidak menjadi masalah untuk hadir dalam perlawanan. Walaupun jarak antara kedua-dua kelab ini memakan jarak lebih 10 ribu kilometer.

Baca betul-betul, bukan 1 ribu kilometer, tetapi 10 ribu!

Jauh

Dalam saingan divisyen dua Rusia, dua buah kelab terpaksa mengharungi jarak sejauh ini untuk perlawanan menentang antara satu sama lain.

Kelab yang dimaksudkan ialah Baltika Kaliningrad dan Luch-Energiya Vladivostok. Baltika berpangkalan di wilayah Kaliningrad di barat Rusia.

Manakala Luch-Energiya berkedudukan di paling timur Rusia. Rusia merupakan negara terbesar di dunia dari keluasan.

Perlawanan antara Luch-Energiya Vladivostok menentang Baltika Kaliningrad. Sumber: USPressfrom.com

Waktu di Kaliningrad ialah sejam lewat daripada ibu negara Rusia, Moscow. Dalam kata lain, kawasan di sekitar wilayah Kaliningrad hanya cepat dua jam menurut Coordinate Universal Time (UTC) iaitu 00:00.

Moscow 3 jam di hadapan mengikut Coordinate Universal Time.

Manakala, beza waktu antara Moscow dengan Vladivostok ialah beza 7 jam. Ini juga bererti, Vladivostok 10 jam lebih cepat daripada UTC.

Rumit juga penyedia siaran langsung untuk perlawanan melibatkan Vladivostok di laman sendiri.

Sudah beberapa musim

Sebenarnya, sudah beberapa musim kelab Vladivostok itu bermain dalam divisyen dua Rusia. Mereka beraksi di kejohanan tersebut sejak musim 2013/14

Baltika Kaliningrad merupakan pasukan yang terpaksa mengharungi perjalanan yang cukup panjang. Dipercayai perjalanan itu memakan 12 jam.

Jika seseorang ingin merancang untuk memandu dari Kaliningrad ke Vladivostok, ia akan mengambil masa 133 jam. Itu pun jika tanpa henti.

Perlawanan terakhir kedua-dua kelab ini pada musim ini menyaksikan keputusan berkesudahan 0-0. Agaknya apa perasaan penyokong dari pasukan pelawat itu ya.

Isu kewangan

Sebenarnya Luch-Energiya Vladivostok menghadapi masalah kewangan. Mereka menghadapi hutang yang meningkat.

Faktor kelab itu berhutang ialah untuk kemudahan ‘heating’ bagi mencairkan salji. Mereka terpaksa bermain di tempat lain untuk perlawanan di laman sendiri.

Malah, pada November lalu pemain kelab itu protes dan enggan bermain kerana tidak dibayar gaji. Dipercayai kelab itu gagal membayar gaji hampir empat bulan.

Mujurlah penyokong kelab itu membantu dengan memberikan makanan kepada pemain untuk meneruskan kehidupan. Memang perit kisah tragis dalam bola sepak Rusia.

Ada cadangan yang mendesak untuk liga Rusia ini dipecahkan kepada zon geografi Timur dan Barat. Tetapi tidak pastilah sejauh mana mereka serius. Mungkinkah apabila kelab ini semakin pasti diisytihar bankrap, ia akan memberikan loceng amaran kepada semua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN