Harry Kane: Saya Sangat Berbangga Sekiranya Diberikan Tanggungjawab Galas Tugas Ketua Pasukan England

Harry Kane

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menjelaskan beliau amat berbangga sekiranya diberikan penghormatan oleh Gareth Southgate untuk mengepalai cabaran England dalam saingan Piala Dunia 2018.

Pengurus skuad kebangsaan England berusia 47 tahun itu masih belum mengumumkan pemain yang menjadi pilihannya untuk memakai lilitan ketua pasukan pada saingan yang bakal berlangsung di Russia itu nanti.

Sebagai rekod, Southgate tidak mengamalkan pemilihan ketua pasukan secara tetap dan beliau pernah meletakkan Gary Cahill, Wayne Rooney, Eric Dier, Joe Hart, Jordan Henderson dan Harry Kane sendiri sebagai ketua pasukan.

Dari senarai tersebut, Harry Kane yang telah merasai pengalaman selaku ketua pasukan England dalam empat perlawanan dilihat sebagai antara calon utama pilihan Southgate.

”Pengurus (Gareth Southgate) telah berkata bahawa dia akan membuat keputusan dalam masanya sendiri, jadi kami hanya perlu  melihat,” jelas Kane kepada FourFourTwo.

”Saya akan menjalankan tugas saya sama ada memakai lilitan ketua pasukan ataupun tidak, tetapi saya amat berbangga jika diberikan peluang tersebut.”

”Kami mempunyai pasukan menyerang yang hebat. Diharapkan kami dapat menjaringkan banyak gol dan saya mendapatkannya (gol) juga untuk diri saya sendiri.”

”Fokusnya adalah pada pasukan tetapi sebagai seorang penyerang, anda akan sentiasa melihat untuk memenangi gelaran kasut emas.”

England diletakkan dalam kumpulan G bersama-sama Belgium, Tunisia dan Panama.

Misi pemburuan jaringan Harry Kane di Russia bermula pada 19 Jun apabila England bakal berdepan Tunisia dan kemudiannya akan menentang Panama (24 Jun) dan Belgium (29 Jun).

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN