Frank Lampard Jelaskan Beliau Bersedia Untuk Jadi Pengurus Sekiranya Peluang Menjelma

Frank Lampard

Legenda hidup Chelsea, Frank Lampard menjelaskan bahawa beliau sudah bersedia untuk bergelar pengurus sekiranya peluang tersebut menjelma buat dirinya.

Bekas pemain tengah England itu sudah berjaya memperolehi lesen kejurulatihan ‘A’ di Chelsea dan membayangkan dirinya semakin menghampiri karier sebagai seorang pengurus.

”Saya sedang melakukan lencana jurulatih ketika ini. Saya juga menghabiskan masa bersama Chelsea pada tahun ini untuk mendapatkan pengalaman membimbing pasukan,” jelas Lampard.

”Saya sudah berjaya mendapatkan lesen A dalam kejurulatihan.”

”Jadi ya, dengan peluang dan masa yang tepat buat saya, saya benar-benar melihat ia semakin hampir kerana anda mahu memberinya kembali, menunjukkan anda boleh membantu untuk mengembangkan bakat pemain serta membantu mereka secara taktikal dan melihat sama ada anda boleh menjadi pengurus yang baik.”

Dalam pada masa yang sama, Frank Lampard turut melihat bekas rakan sepasukannya di England, Steven Gerrard akan berjaya dalam karier barunya itu selepas Gerrard dikaitkan dengan Rangers.

CHISINAU, MOLDOVA – SEPTEMBER 07: Steven Gerrard and Frank Lampard of England look on during the FIFA 2014 World Cup qualifier match between Moldova and England at Zimbru Stadium on September 7, 2012 in Chisinau, Moldova. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Dan saya pastinya berfikir bahawa Steven (Gerrard) akan berjaya. Saya sudah mengenali Steven sejak sekian lama, dia merupakan seorang pemikir yang serius mengenai permainan ini.”

”Kini saya bekerja bersama dia, analisis dan sejauh mana pengetahuannya mengenai permainan ini adalah sangat besar.”

”Dia akan menjadi rekrut yang hebat buat sesiapa sahaja. Dan ia bagus untuknya, itulah yang dia mahu lakukan dan saya merasakan dia akan menjadi sangat baik.”

”The FA (badan bola sepak England) bekerja dengan lebih rapat bersama bekas pemain untuk mereka mencuba bagi mendapatkan lesen kejurulatihan.”

Frank Lampard juga percaya bahawa transisi dari seorang pemain kepada pengurus merupakan perkara yang lebih sukar berbanding apa yang orang ramai sedari.

”Jika Steven Gerrard dikaitkan dengan jawatan itu, dengan segera orang mengatakan bahawa dia memerlukan pengalaman, tetapi dia perlu untuk mendapatkan pengalaman itu di suatu tempat.”

”Saya mempelajari banyak perkara dari hari ke hari di padang latihan bersama pasukan Chelsea pada tahun ini dan apa yang dilakukan oleh Steven di Akademi Liverpool amat baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN