Kedah Ajar UiTM Bagaimana Untuk Menjaringkan Gol, Menang Besar 5-0

Kedah menang mudah 5-0 dalam perlawanan ke-2 kumpulan C Piala Malaysia 2017 yang menghiburkan di Stadium UiTM, Shah Alam malam semalam.

Ketika Nidzam Adha berpuas hati dengan keputusan tersebut, ketua jurulatih UiTM Wan Mustaffa pastinya tertanya-tanya bagaimana anak-anak buahnya boleh dibelasah.

Untuk berlaku jujur, tiada siapa menjangkakan UiTM bakal menang menentang Kedah. Tetapi dengan deretan peluang demi peluang yang dicipta mereka, UiTM sepatutnya boleh menjadikan angka keputusan nampak lebih kompetitif.

Sistem 5-2-2-1 UiTM saingi Kedah

Mana-mana peminat bola sepak tempatan yang kerap menyaksikan UiTM bermain pasti tahu mereka sentiasa bermain sistem 5-2-2-1 ketika menentang pasukan kuat.

Faiz Bandong, Onoriode Kughegbe dan Muhd Ilham bergandingan membentuk back three UiTM. Di kanan mereka, Nik Syafiq bertugas sebagai bek sayap. Di kiri, ia tugas kapten Afif Asyraf.

Izman Solehin yang masih menduduki peperiksaan akhir semester beliau berpasangan dengan ‘jelmaan Kante’ – Marcel N’Guessan. Do Dong-hyun pula berpasangan dengan Muhd Asnan untuk membantu Akanni Sunday di bahagian serangan.

Kedah pula turun dengan sistem 4-2-3-1 tipikal mereka. Nidzam Adha hanya membuat 1 pertukaran daripada kesebelasan utama yang menewaskan Melaka 2-0 pada Selasa lepas – Ariff Farhan menggantikan Fitri Omar di bek kiri.

Kedah kuasai zon sayap

Seawal minit ke-2 ketika UiTM masih belum panas, Kedah sudah pun mendahului 1-0 apabila hantaran lintang hasil larian bertenaga Rizal Ghazali di sayap kanan menemui kaki Syafiq Ahmad.

UiTM cuba memberi respon pantas. Beberapa kali mereka berjaya memenangi bola di kawasan padang Kedah. Tetapi sentuhan pertama Akanni Sunday amatlah mengecewakan dan kerap kali menghadiahkan Kedah peluang untuk menyerang balas.

Dengan sistem 4-2-3-1 Kedah memberi kelebihan 1 pemain di zon sayap berbanding UiTM, Kedah banyak mengancam melalui permainan kombinasi cemerlang Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali di sayap kanan.

Dengan Baddrol menguasai zon separa ruang (half space) dan Rizal bebas melakukan larian overlapping, sayap kanan Kedah bertanggungjawab mencipta sekurang-kurangnya 3 peluang gol pada separuh masa pertama.

Salah satu peluang tersebut berjaya menghadiahkan gol ke-2 Kedah. Berpunca daripada hantaran lintang Syafiq Ahmad di zon separa ruang kanan, Liridon Krasniqi tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Soffuan Tawil menerusi tandukan cantik.

UiTM tumpul di depan

Perlawanan ini merupakan contoh tepat untuk membuktikan hipotesis bahawa mempunyai pemain yang bagus jauh lebih penting daripada mempunyai taktikal yang bagus.

Dari segi taktikal, sistem 5-2-2-1 UiTM berjaya membolehkan mereka untuk memenangi bola di kawasan-kawasan penting dan seterusnya menyerang.

Tetapi sentuhan pertama Sunday ternyata begitu mengecewakan rakan sepasukannya. Ditambah pula dengan kelemahan kaki kirinya, Sunday hanya mampu membuat percubaan ke arah gol apabila bola berada di kaki kanannya.

Ini membuatkan permainannya mudah dibaca oleh Syawal Nordin dan Khairul Helmi.

Pada separuh masa pertama, Sunday mempunyai 4 percubaan ke arah gol. Tetapi semuanya tersasar dan berjaya dihadang pertahanan.

Do Dong-hyun pula mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pembukaan UiTM pada minit 28′. Ketika beliau hanya perlu menewaskan Ifwat Akmal dalam situasi 1v1, Ifwat pula bertindak cemerlang menafikan peluangnya.

UiTM bangkit separuh masa kedua

Masuk separuh masa kedua, UiTM meneruskan momentum serangannya. Kedah pula nampak leka.

Sadam Hashim yang masuk menggantikan Muhd Asnan berpeluang membuka akaun jaringan UiTM hasil situasi kelam kabut di depan kubu Kedah pada minit 58′. Bagaimanapun – seperti sudah tertulis dalam takdir – percubaannya hanya singgah ke palang.

Sebaliknya Kedah pula mengancam dengan siri serangan-serangan balas melalui kawasan sayapnya.

Pujian harus diberikan kepada Rizal Ghazali. Meskipun baru kembali dari kecederaan, Rizal nampak segar, cergas dan kuat seolah-olah beliau tak pernah cedera.

Teguh ketika bertahan (sehingga Wan Mustaffa mengarahkan Sunday bermain di sebelah kiri selepas Dung-hyun dan Sadam ‘dibuli’ Rizal secara fizikal), Rizal turut pantas naik menyokong Baddrol ketika fasa serangan.

Kedah ajar UiTM bagaimana untuk menjaringkan gol

Pada minit 79′ Kedah memberikan ‘pengajaran’ kepada UiTM bagaimana untuk menyudahkan peluang dengan gol.

Berpunca daripada hantaran lintang rabona daripada Liridon dari sebelah kiri, Ken Ilso menyambut bola tersebut dengan dadanya sebelum melepaskan rembatan cantik untuk menambah gol ke-3 Kedah.

Wan Mustaffa cuba memasukkan penyerang gantian, Anwarul Hafiz untuk membantu Sunday menajringkan gol. Tetapi seperti Sunday, kehadiran Anwarul gagal memberikan sebarang impak positif kepada UiTM.

Kegagalan jentera serangan UiTM ini bagaikan satu jemputan kepada Kedah untuk terus menambah gol. Pada minit 90′, giliran Sandro Mendonca pula mengajar pemain UiTM bagaimana untuk menjaringkan gol.

Berpunca daripada permainan kombinasi kemas Fitri Omar dan Liridon di zon separa ruang kiri Kedah, Sandro melepaskan misil padu dari jarak 25 meter untuk gol ke-4 Kedah.

Gol ke-5 Kedah hadir apabila Faiz Bandong tertampan bola hantaran lintang cantik Ariff Farhan. Gol ke-5 tersebut lantas menceriakan kira-kira 2,800 penyokong Hijau Kuning yang hadir di Stadium UiTM.

Dengan kemenangan ini, Kedah selesa mendahului kumpulan C Piala Malaysia 2017 dengan 6 mata – 3 mata di depan Kelantan yang bakal menentang Melaka United esok.

Pemain terbaik perlawanan: Rizal Ghazali (Kedah)

Kepada penyokong-penyokong Kedah Darul Aman!

Anda boleh mendapatkan jersi Kedah 2017 yang asli (player issue dan fans issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA, SBX.

Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sumber gambar: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah, UiTM FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN