Kedah Darul Aman (Kedah) berdepan dengan situasi cukup getir ketika ini sebelum menghadapi aksi Liga Super 2023 menentang Kuala Lumpur City (KL City) malam esok.
Laporan terkini menyatakan pasukan tersebut bakal kehilangan empat tonggak utama mereka sebelum mereka bertandang ke Cheras untuk menghadapi perlawanan tersebut.
Sesi latihan menjelang aksi di Cheras Sabtu ini, kesungguhan tinggi dari pemain Sang Kenari!
🏆 LS 22 | Liga Super 2023
🆚 KL City FC
📆 30 September 2023, Sabtu
🕖 9.00 malam
🏟️ Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
📡 Siaran langsung di Astro 803 & Astro GO pic.twitter.com/q3W2YIDi4n— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 28, 2023
Sebelum itu, Sang Kenari telah pun mencatat kekalahan mengejut dalam aksi suku akhir pertama Challenge Cup di tangan Kuching City menerusi keputusan penuh 0-1 hasil jaringan Abu Kamara.
Rentetan kekalahan tersebut, skuad kendalian Nafuzi Zain telah pun menerima banyak kritikan daripada sekelompok penyokong mereka sendiri serta perubahan positif ditagih segera.
Apa tidaknya, ketika ini persaingan mereka untuk merebut tangga kedua Liga Super masih lago terbuka dan Kedah perlu merekodkan keputusan positif pada baki saingan ini jika impi slot ke Asia musim hadapan.
Walaupun begitu, laluan mereka kini dilihat berliku setelah Nafuzi bakal terlepas khidmat beberapa pemain menjelang aksi bertemu KL City dalam usaha mereka mendapatkan tiga mata penuh di gelanggang lawan.
Menurut pengendali tersebut, empat pemain yang tidak dapat dibawa turun beraksi pada perlawanan malam esok merupakan bintang import sensasi mereka musim ini iaitu Manuel Hidalgo, Ariff Farhan, Kamil Akmal, serta J. Partiban.
Hidalgo tidak dapat dibawa turun pada perlawanan malam esok kerana disahkan mengalami kecederaan di bahagian kaki, sementara Kamil Akmal dan Ariff Farhan pula masing-masing menjalani ujian penggantungan.
Akhir sekali, Partiban tidak dapat digunakan khidmat beliau kerana pemain tersebut akan beraksi menentang bekas kelabnya untuk musim ini atas status pinjaman.
“Persiapan kami terarah kepada beberapa pertukaran pemain kerana tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini seperti pemain import Manuel Hidalgo yang masih mengalami kecederaan, Arif Farhan dan Kamil Akmal menjalani penggantungan, dan Partiban yang tidak dapat diturunkan.
“Kami kehilangan empat pemain utama pada aksi kali ini dan sudah pasti ianya satu cabaran besar yang perlu kami hadapi untuk berdepan KL City yang merupakan antara pencabar semua pasukan buat masa ini dengan pencapaian mereka di pentas final Piala FA dan Separuh Akhir Piala Malaysia musim ini.
“Jadi kami perlu melihat pada penggantian pemain yang terbaik dan perlu terus fokus untuk memastikan kami dapat mengekalkan keupayaan pada setiap posisi berkenaan dalam usaha memburu tiga mata,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Pada masa sama,Nafuzi turut berharap supaya barisan pemain yang dipilih pada malam esok untuk menggantikan kekosongan ditinggalkan tonggak-tonggak tersebut dapat menggunakan peluang sebaik mungkin untuk membantu Kedah.
2 hari lagi aksi LS22 di Kuala Lumpur, sesi latihan tadi persiapan rapi untuk memburu mata seterusnya! pic.twitter.com/JwFJa9IKv3
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 27, 2023
“Jadi dengan penggantian pemain yang akan menggalas cabaran nanti saya berharap mereka dapat tampil bersedia dengan aksi yang diharapkan untuk memastikan misi tiga mata penuh buat pasukan dapat dicapai.
“Kami mahukan tiga mata bagi memastikan sasaran kami untuk kedudukan kedua liga yang akan memberi laluan ke saingan Piala AFC pada musim depan,” katanya lagi.