Kedah Tak Boleh Cicir Mata Lagi Jika Idam Kedudukan Ke-2 Liga Super

Anumanthan Kpah Sherman Kedah Selangor Liga Super 2021

Jika Kedah Darul Aman FC berazam memintas kedudukan kedua milik Terengganu FC, mereka perlu konsisten tanpa keciciran mata dalam baki saingan Liga Super.

Terengganu menghuni kedudukan ke-2 sejak minggu ke-12 tanpa mampu dipintas sesiapa saat ini. Berdasarkan kiraan mata, Kedah masih berpotensi untuk memintas kedudukan mereka, jika Kedah langsung tidak keciciran mata mereka selepas ini.

Ini kerana, Kedah kekurangan empat perlawanan berbanding Terengganu dek kerana aksi yang ditangguhkan akibat terdapat kes positif COVID-19 dalam skuad mereka.

2 Pemain Kedah Positif COVID-19, MFL Tunda Derbi Utara

Jika Kedah menang empat perlawanan yang ditangguhkan itu, mereka akan berada satu mata di depan Sang Penyu. Segalanya bermula dengan aksi berdepan musuh ketat mereka, Penang FC pada Selasa depan dan ia dijangka aksi yang sengit.

Berdepan Selangor pada Jumaat, Kedah telah kehilangan mata apabila tunduk 2-4 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman. Ia satu kerugian buat mereka kerana itu merupakan aksi yang sepatutnya mereka manfaatkan dengan tiga mata.

Mereka sekali lagi akan menjadi tuan rumah berdepan Penang FC dan mereka tidak seharusnya terus keciciran mata dalam misi memburu kedudukan kedua liga.

Selain skuad Harimau Kumbang, baki tiga aksi di laman sendiri wajar dimanfaatkan sepenuhnya iaitu berdepan Perak FC pada 28 Ogos, diikuti UiTM FC (8 September) dan menutup tirai Liga Super berdepan Melaka United pada 12 September depan.

Jika mereka menang semua aksi di laman sendiri tersebut, mereka berpotensi untuk memintas Terengganu dan ia dijangka akan berlaku pada penghujung musim nanti.

Cukup sekadar meletak sasaran menang empat aksi di laman sendiri terlebih dahulu, kerana mereka kekurangan empat perlawanan berbanding lawan. Namun, jangan pula mengambil mudah aksi di laman lawan kerana ia tetap penting buat mereka.

https://twitter.com/afbinms/status/1426207187886505991

Berdepan Terengganu di Kuala Terengganu selepas menentang Penang FC mungkin saat penting buat mereka. Ia umpama baki persaingan mereka selepas ditolak aksi di laman sendiri yang kita anggap Kedah mampu untuk mengutip tiga mata penuh.

Jadi, ia tetap penting agar mereka terus berada di landasan untuk menghuni posisi kedua liga di penghujung musim dan memintas Terengganu di saat akhir.

Jika mereka terus keciciran mata, bukan sahaja kedudukan kedua hilang daripada jangkauan, malah beberapa pasukan pula berpotensi untuk naik di atas mereka.

Untuk lebih mudah, jika Terengganu menang semua baki empat aksi mereka selepas ini, skuad Hijau Kuning perlu menang lapan baki perlawanan mereka pula.

Bagaimana pendapat penyokong Kedah? Adakah Kedah mampu mengulangi pencapaian musim lalu, menamatkan musim di kedudukan kedua Liga Super?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN