Hatrik Fernandes, ‘Magis’ Pogba Bantu Man Utd Ratah Leeds

Manchester United memulakan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2021/22 menentang salah satu musuh tradisi, Leeds United di Old Trafford.

Turun tanpa beberapa pemain utama seperti Marcus Rashford dan Edinson Cavani, Man United kelihatan sedikit tempang di barisan hadapan, dengan usaha mencari gol disandarkan kepada pemain muda Mason Greenwood, Paul Pogba dan Bruno Fernandes.

Manchester United sepatutnya berada di hadapan seawal minit ke-13, tetapi percubaan Paul Pogba selepas menerima lorongan cantik Greenwood tersasar.

Leeds turut mengancam melalui beberapa gerakan set-pieces yang diperolehi, namun gagal memanfaatkan peluang yang ada.

Minit ke-30 perlawanan Old Trafford akhirnya bergema apabila Manchester United berada di hadapan melalui jaringan Bruno Fernandes.

Bermula dari sepak mula Leeds yang dipintas pemain Man United, Pogba yang memperolehi bola bijak membaca larian Fernandes, dan melambungkan bola kepada pemain Portugal itu, sebelum dirembat masuk menewaskan Illan Meslier di hadapan gawang.

Lapan minit selepas itu serangan balas pantas melalui larian Luke Shaw berkesudahan dengan percubaan liar oleh Daniel James.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga babak pertama tamat.

Baba kedua bermula, Leeds tidak berdiam diri dan pantas menyamakan kedudukan hanya selepas tiga minit perlawanan dimulakan kembali.

Berbekalkan sedikit ruang, Luke Ayling merembat deras bola dari luar kotak penalti untuk menewaskan David de Gea sekaligus menjadikan kedudukan 1-1.

Kedudukan tersebut bagaimanapun tidak kekal lama apabola Man United pantas menghadirkan respon, kali ini melalui Mason Greenwood.

Pogba sekali lagi cemerlang menghidu ruang untuk dieksploitasi dengan lorongan bola yang cantik untuk dikejar oleh Greenwood, dan disudahkan dengan tenang.

Man United terus melabarkan kedudukan kepada 3-1 seminit kemudian apabila rembatan kaki kiri Bruno Fernandes melintasi garisan gol sebelum cuba dikeluarkan pemain pertahanan Leeds.

Ia adalah permulaan kepada babak kedua yang cukup ‘gila’ di Old Trafford dengan tiga jaringan dihasilkan dalam tempoh lapan minit pertama.

Manchester United semakin bernafsu selepas itu apabila Bruno Fernandes melengkapkan hatriknya dalam perlawanan ini. Bijak membaca hantaran jauh rakan sepasukan, Victor Lindelof, Fernandes melarikan diri dari kawalan pemain pertahanan Leeds sebelum merembat masuk menewaskan penjaga gol lawan.

Kedudukan 4-1 ini mengingatkan kembali bagaimana Man United membelasah Leeds 6-1 di venue sama pada musim lalu.

Manchester United semakin rakus selepas itu apabila Pogba sekali lagi menghasilkan assist untuk Fred menjadikan kedudukan 5-1.

Apa yang dinantikan oleh jutaan penyokong Man United turut menjadi kenyataan dalam perlawanan ini apabila Jadon Sancho dibawa masuk untuk menggantikan Daniel James, manakala Anthony Martial dibawa masuk menggantikan Pogba.

Kedudukan 5-1 kekal sehingga wisel penamat, dan Manchester United memperolehi kemenangan pertama yang mereka mahukan pada musim ini.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN