Barcelona Dapat Daftar Depay, Garcia Selepas Pique Sanggup ‘Berkorban’ Potong Gaji

Memphis Depay Barcelona

Barcelona akhirnya mengumumkan berjaya mendaftarkan tiga pemainnya Memphis Depay, Eric Garcia dan Rey Manaj bersama skuad utama selepas beberapa minggu ‘tersangkut’ dengan peraturan kawalan ekonomi (ECP) La Liga.

Ini bermakna ketiga-tiga pemain ini dapat diturunkan untuk aksi pembukaan liga bertemu Real Sociedad pada Ahad ini.

Depay dan Garcia baru sahaja dibawa masuk secara percuma dalam jendela perpindahan musim panas ini, sementara Manaj pula merupakan pemain skuad Barcelona B yang ‘dinaikkan pangkat’ ke skuad utama.

Strategi mendapatkan pemain secara percuma terpaksa dilakukan oleh pihak pengurusan kelab ekoran bebanan hutang yang tinggi disebabkan keadaan kewangan yang semakin kritikal ekoran pendemik yang melanda sejak lebih setahun yang lalu.

Sekalipun telah melepaskan Lionel Messi, kelab Catalan itu masih tidak dapat mendaftarkan pemain-pemain baharu mereka kerana nilai pembayaran gaji tahunan kelab tersebut sudah melebih tahap yang dibenarkan iaitu sudah melepasi 110 peratus daripada pendapatan tahunannya.

Barcelona perlu berterima kasih kepada jiwa besar kapten keduanya, Gerard Pique yang sanggup berkorban menerimaย  pengurangan gaji demi memastikan kelangsungan pasukan untuk jangka masa panjang.

Setakat ini nama Sergio Aguero masih belum termasuk dalam senarai pemain yang sudah didaftarkan. Beliau dilaporkan mengalami kecederaan dan akan diketepikan sekurang-kurangnya untuk tempoh sebulan.

Usaha untuk mendatfarkan penyerang Argentina ini masih berjalan dengan Barcelona masih dalam proses rundingan bersama dua lagi pemain senior, Jordi Alba dan Sergio Busquets bagi menyusun semula gaji mereka.

Kedua-dua pemain tersebut dilaporkan bersedia mendengar tawaran pihak kelab dan tiada masalah untuk bekerjasama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN