Kedah Sedia Tamatkan Kontrak Pemain Import Yang Kurang Menyerlah

Lima pemain import skuad Helang Merah berada dalam bahaya jika tidak mempamerkan prestasi yang memuaskan sehingga menyebabkan mereka bakal ditamatkan kontrak serta-merta oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Setiausaha Kehormatnya, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata kepada Berita Harian, pihaknya tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak pemain import itu sekiranya terus beraksi hambar.

“Apa yang kita perhatikan sekarang, pemain import ini kurang menyerlah selain kurangnya semangat berpasukan antara mereka, jika ia berterusan kita tamatkan kontrak mereka namun jika mereka mampu menyerlah dan konsisten maka kontrak mereka akan disambung,” katanya.

“Sekarang kita kena pastikan pasukan Helang Merah ini terus menyengat dengan motivasi dan semangat berpasukan yang tinggi terutama untuk memastikan kemenangan pada perlawanan menentang PKNP di Stadium Darul Aman malam ini.”

FOTO: FB KFA

Barisan pemain import Kedah ketika ini ialah Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Alvaro Silva, Paulo Rangel dan Andik Vermansyah.

Asmirul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Pembangunan Usahawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri berkata, pihaknya akan turut memastikan pentadbiran KFA akan lebih baik selepas ini dengan perbelanjaan secara berhemah.

Bagaimanapun katanya ia tidak akan membabitikan gaji pemain berikutan KFA sudah mempunyai penaja pada musim ini.

“Kita harap kos pentadbiran KFA dapat dikurangkan menerusi perbelanjaan berhemah, pada masa yang sama kita mempunyai pelan kembalikan zaman kegemilangan bola sepak Kedah menerusi bakat baharu yang dicungkil melalui Akademi Dato Ahmad Basri (ADAB).

“Bakat-bakat baharu ini kita akan angkat untuk menjadi pemain utama pasukan Kedah,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN