Misi tidak tewas dalam permulaan musim oleh kedua-dua pasukan. Namun kedua-dua mereka tetap perlukan 3 mata lebih daripada seri, terutama sekali Kedah.
Kedah akan melayan kunjungan pasukan Pahang pada hari ini. 2 pasukan yang memang terkenal di arena liga Malaysia.
1. Perlawanan antara 2 pasukan yang kompeten
Pada hari ini kedua-dua pasukan memiliki barisan pemain yang kompetitif di dalam liga Malaysia.
Musim lalu terdapat beza yang ketara dalam kualiti pasukan mereka. Beberapa musim sebelum itu pula, kedua-dua pasukan tidak berada di tier yang sama.
Jadi perlwanan musim ini mengingatkan kita ketika era kedua-dua pasukan sama kuat di dalam kancah liga Malaysia.
Pahang melakukan rombakan besar-besaran kepada skuad mereka selepas musim lalu yang menghampakan.
Mereka mendapat manfaat daripada beberapa bakat yang terbukti di dalam Liga M datang menyertai mereka untuk kekal beraksi di dalam Liga Super.
Kedah pula masih cuba mengekalkan pasukan yang mereka pada musim lalu. Namun sisi rombakan itu tetap nampak seperti major.
Ini kerana mereka mendapatkan pemain-pemain baru untuk mengisi posisi utama. Kemasukan Sandro pula setelah satu musim tidak bersama mereka.
2. Tan Cheng Hoe vs Dollah Salleh
Dollah Salleh dalam perlawanan menentang Sarawak menggariskan, pasukan beliau gagal menunjukkan aksi secara taktikal yang lebih baik daripada pihak lawan.
Namun mereka tetap berupaya untuk menang dalam perlawanan tersebut. Ia adalah keputusan yang sangat positif untuk skuad Pahang.
Setakat ini, Pahang adalah pasukan terbaik dalam semua aspek utama. Mereka adalah pasukan dengan jumlah jaringan tertinggi.
Mereka juga dengan jumlah bolos paling sedikit setakat ini dengan 1 bolos sahaja. Mereka berada di puncak liga dengan 7 mata.
Kedah pula melepaskan 4 mata daripada 2 perlawanan besar iaitu menentang JDT dan Felda.
Ia masih keputusan yang dianggap diterima. Lagipun 2 keptusan seri ke atas juara dan naib juara MSL 2016 itu dicipta di luar Darul Aman.
Pendekatan taktikal Tan Cheng Hoe memang sudah diketahui umum. Beliau mahukan pasukan ini bermain bola sepak ringkas.
Mereka cuba bermain ‘futsal’ di bahagian serangan. Memiliki 2 pemain yang mampu memberikan ancaman dari belakang iaitu Liridon dan Baddrol ‘The Sniper’ Bakhtiar .
3. Liridon vs Muhamadou Sumareh
2 pemain yang sudah diketahui oleh kita semua kemampuan mereka di dalam liga Malaysia.
Mereka adalah dinamo kepada pasukan masing-masing di bahagian tengah. Liridon musim ini nampak lebih tinggi kepercayaan beliau kepada pemain di sekeliling beliau.
Musim sebelum ini terlalu banyak aksi overplay yang seakan-akan lebih selesa untuk berjuang sendiri.
Kami mengharapkan aksi ini akan dapat dikekalkan. Dalam beberapa perlawanan awal pasukan Kedah, Krasniqi lebih disiplin untuk kekal di pivot.
Beliau akan membantu serangan apabila perlu dan tidak lupa akan tanggungjawab untuk kembali. Ia penting untuk membantu pemain seperti Akram Mahinan.
Sejak beberapa musim ini, Kedah banyak bergantung kepada aksi beliau di tengah. Musim ini, kepentingan itu masih sama. Taktikal Tan Cheng Hoe memang berpusat di tengah.
Sumareh pula dalam musim untuk kembali menggegar Liga Malaysia selepas musim lalu beliau agak hambar.
Menjadi pemain kegemaran Dollah Salleh kerana sikap dan komitmen di dalam padang.
Beliau boleh beraksi di mana-mana posisi sokongan kepada penyerang dan juga tengah ofensif. Jadi, ini adalah musim penting untuk Sumareh.
4. Fakta Perlawanan
- 5 pertemuan terakhir, 3 dimenangi Pahang, 1 dimenangi Kedah dan 1 lagi seri
- Kedah dan Pahang masih belum tewas dalam 8 perlawanan terakhir
- Kali terakhir Pahang bolos lebih daripada 1 adalah pada 16 Ogos 2016 menentang Felda United (kalah 3-0)
- Pahang masih belum tewas dalam 5 perlawanan liga terakhir di tempat lawan
- Pahang adalah pasukan terakhir yang menang ke atas Kedah di Stadium Darul Aman dalam Liga Super, ia adalah kemenangan kerana isu teknikal
- Kedah telah menang 5 perlawanan liga Super terakhir di Darul Aman setakat ini
5. Perlawanan tumpuan
Sudah pastilah ini adalah perlawanan tumpuan ataupun match of the week. Ia adalah pertarungan 2 pasukan yang sedang dalam prestasi yang sangat baik.
Pastinya menarik untuk mengetahui siapakah yang bakal menembusi slot kesebelasan utama kedua-dua pasukan.
Kemenangan akan membolehkan mereka berada dalam kawalan yang lebih baik dalam persaingan liga musim ini.
Yang pasti, Pahang sentiasa lawan yang tidak mudah untuk pasukan Kedah.
Apakah ramalan pembaca semuanyaBOLA?
Baca juga: Bodric Dimitri Jaring 4 Gol Dari Bangku Simpanan, Bantu MISC-MIFA Tewaskan JDT II 5-3