Kedah Lantik Azraai Khor Sebagai Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden

Azraai

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) semalam mengumumkan perlantikan bekas pengendali Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah sebagai ketua jurulatih skuad Piala Presiden Kedah untuk musim 2019.

Melalui kenyataan rasmi yang disiarkan di laman facebook KFA, mereka juga akan mengumumkan nama ketua jurulatih skuad Piala Belia dalam masa terdekat.

Azraai sebelum ini pernah membimbing pasukan Negeri Sembilan pada tahun 2011 dan membawa pasukan itu muncul juara Piala Malaysia.

Bulau Februari lalu, beliau menggantikan jurulatih dari Jerman, Jorg Peter Steinebrunner yang gagal menaikkan prestasi pasukan Negeri Sembilan ke tahap memuaskan selepas 4 perlawanan Liga Super.

Negeri Sembilan di bawah Steinebrunner bermula buruk musim ini selepas mengalami tiga kekalahan daripada empat perlawanan musim ini, dengan satu-satu kemenangan diraih berdepan Kuala Lumpur pada 7 Februari lalu.

Situasi itu meletakkan Negeri Sembilan di tangga kedua terbawah, terikat tiga mata dengan Kuala Lumpur. Azraai juga terkenal dengan pencapaian luar biasanya ketika membantu Kedah menjuarai double trebles pada 2007 dan 2008. Malah, beliau pernah melatih pasukan TFC II yang dulu dikenali sebagai T-Team pada musim 2014.

Semalam, Ketua Jurulatih Baharu Kedah musim depan, Aidil Sharin Sahak berada di Alor Star untuk membentangkan cadangan pembentukan skuad Liga Super Kedah 2019 kepada Ahli Majlis Eksekutif KFA.

Aidil dibantu oleh penolongnya, Victor Andrag memberikan cadangan mengenai senarai nama pemain tempatan dan import baharu untuk dibawa masuk menyertai skuad Kedah pada musim hadapan.

Perjumpaan Santai Presiden KFA bersama penyokong Kedah. FOTO: KFA

YAB Presiden KFA, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir turut mengumumkan perlantikan wakil kelab penyokong sebagai jurucakap yang akan dilantik sebagai ahli jawatankuasa tetap Media dan Perhubungan Awam KFA.

Beliau meluang masa untuk sesi soal jawab bersama peminat mengenai persoalan berkenaan isu logo, pemain, prestasi pasukan dan penajaan, penyokong juga diberikan penerangan berkenaan persiapan pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN