Kedah Kecewa Tindakan MFL Batalkan Geran

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menyatakan kecewa mereka dengan tindakan Malaysia Football League (MFL) yang membatalkan geran yang bakal diperuntukkan kepada negeri-negeri yang bertanding dalam Liga Malaysia.

Ianya dianggap tindakan yang memberikan kesulitan kepada pengurusan bola sepak.

Walaubagaimanapun Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Harris menyatakan kekecewaan itu kepada pihak media.

Asmirul turut mengesahkan KFA menerima dana yang lebih besar daripada kerajaan negeri bagi menghadapi musim baru.

Cuma penarikan geran itu telah membuatkan sebahagian besar dana pasukan hilang. Dan KFA perlu mencari dana tambahan yang baharu selepas ini.

KFA menerima peruntukan yang besar daripada kerajaan negeri kerana Kedah akan bersaing dalam pertandingan AFC selepas ini.

KFA kini sedang giat mencari dana tambahan. Antaranya dengan menjual cenderamata pasukan Kedah.

Dipetik daripada Awani, Asmirul berkata: “Kita juga bermain Liga Super, Piala FA dan Piala AFC, mungkin (mengharapkan) ada tambahan sedikit. Jadi bagi pihak KFA, kita kecewa pada apa yang diumumkan oleh MFL.”

“Dalam masa yang sama kita bersiap sedia mencari penajaan utama bukan saja daripada GLC, swasta dan sebagainya.”

“Kita juga menjual apa-apa cenderamata yang melambangkan logo helang merah atau KFA itu sendiri seperti jersi, rantai kunci atau koleh,” ujarnya lagi.

Kedah mengekalkan Aidil Sharin sebagai jurulatih mereka. Jurulatih dari Singapura itu merupakan calon akhir untuk jurulatih terbaik ABK19 yang lalu.

Kedah dalam persiapan yang intensif pada ketika ini untuk menghadapi musim baharu.

Kedah sudah mendapatkan beberapa pemain import dan pemain tempatan yang baharu bagi memperkuatkan lagi pasukan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN