Leandro Dos Santos Tetap Membara Walaupun Perak Hilang 2 Tonggak

Pemain tengah Perak, Leandro Dos Santos tetap mempunyai semangat yang tinggi walaupun kini pasukannya telah kehilangan dua tonggak utama iaitu Brendan Gan dan Norhakim Hassan.

Menurut laporan The Star Online, perpindahan dua pemain tersebut ke musuh tradisi Selangor tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mengemudi barisan tengah pasukan itu.

“Pemain datang dan pergi dan mereka adalah pemain yang cukup hebat, profesional dan cukup komited.”

“Saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Kami memang kawan, tetapi di atas padang saya memandang mereka sebagai musuh.”

Brendan

Leandro kini menantikan siapa yang bakal beliau gandingi di bahagian tengah selepas pemergian Gan. Buat masa ini terdapat Kenny Pallraj dan Firdaus Saiyadi yang sedia maklum merupakan antara pemain berkualiti dimiliki Perak.

Namun begitu, terdapat juga kemungkinan pihak pengurusan akan membawa pemain import baharu untuk menguatkan lagi cabaran pasukan.

“Saya pernah bermain dengan Kenny Pallraj sebelum ini, manakala Firdaus Saiyadi pemain muda yang sentiasa dahagakan peluang. Kedua-dua pemain mempunyai kualiti yang cukup tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN