Kedah FA Sahkan Kertas Cadangan Tajaan Sudah Dihantar Kepada Qatar Airways

Kedah FA (KFA) dilaporkan telah menghantar kertas cadangan yang baharu kepada syarikat penerbangan gergasi dunia, Qatar Airways untuk tujuan penajaan.

Berdasarkan laporan Bernama pada hari ini, surat tersebut ialah untuk mencadangkan Qatar Airways sebagai rakan penaja skuad Lang Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada musim depan.

“Memang KFA ada intai Qatar Airways untuk jadi penaja pasukan Kedah, tetapi kita kena faham tahap standard tajaan mereka macam mana,” jelas Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris ketika ditemui pemberita hari ini.

“Walaupun tidak tahu macam mana, kita cuba nasib dan kertas cadangan pun sudah dihantar kepada mereka dan sekarang terpulang kepada mereka.

“Kalau mereka bagi [tajaaan], baguslah kerana musim depan kita perlukan tajaan besar kerana terlibat dalam saingan ACL.

“Penyokong jangan dengar khabar angin yang tersebar kerana sehingga kini memang masih belum ada jawapan rasmi lagi.”

Mohd Asmirul turut mengesahkan selain daripada Qatar Airways, KFA turut berusaha untuk mendapatkan tajaan daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk turut menjadi penaja bersama kepada pasukan Kedah.

Pada 27 November lalu, Naib Presiden 1 Kedah FA, Anas Hafiz Mustaffa mendedahkan rundingan Kedah dengan Qatar Airways masih lagi dalam peringkat perbincangan selepas cadangan awal persatuan itu ditolak oleh syarikat tersebut.

Sehubungan dengan itu, KFA bertindak meneliti semula cadangan tersebut dan memperbaikinya sebelum melakukan perbincangan lanjut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN