Kedah FA bakal berhadapan Wofoo Tai Po dari Hong Kong di pusingan kelayakan pusingan kedua pertandingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL 2020).
Ini adalah penampilan pertama skuad Lang Merah di pertandingan tertinggi kelab-kelab Asia selepas JDT menjadi pasukan pertama yag berbuat demikian pada musim lalu.
Hari Pertama Pra-Musim 2019! pic.twitter.com/elcx4EXzx0
— Official_KedahFA (@official_kfa) December 3, 2019
Kedah FA yang layak selaku juara Piala FA 2019, dijadualkan berhadapan Wofoo Tai Po pada 21 Januari hadapan di Stadium Darul Aman.
Wakil dari Hong Kong itu layak ke pusingan ke-2 kelayakan ACL 2020 selaku juara Liga Perdan Hong Kong musim 2018/19 dan mendapat bye di pusingan pertama kelayakan.
FC Seoul estreia nos playoffs da #ACL2020 no dia 28 de janeiro, contra o vencedor do jogo entre Kedah FA(Malásia) x Wofoo Tai Po(Hong Kong).pic.twitter.com/OaGO6HJAT7
— 경기???? (@FutebolCoreano) December 6, 2019
Cabaran lebih besar menanti Kedah sekiranya berjaya melepasi Wofoo Tai Po, apabila FC Seoul bakal menanti di peringkat play-off selepas itu.
Skuad kendalian Ketua Jurulatih, Aidil Shahrin akan beraksi di Stadium Piala Dunia Seoul, Korea Selatan pada 28 Januari sekiranya berjaya mara ke pusingan akhir kelayakan tersebut sebelum bersaing di peringkat kumpulan.
Untuk rekod pada musim lalu Perak FA bersaing pada peringkat yang sama di pertandingan ACL.
Walaupun berjaya melepasi halangan Kitchee SC dari Hong Kong pada pusingan kedua kelayakan, skuad Seladang bagaimanapun terpaksa akur tidak layak bertanding ke peringkat kumpulan selepas disingkirkan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC dengan jaringan 5-1 di peringkat play-off.
Foto: Kedah FA