Kedah Dapatkan Ifedayo Olusegun Ganti Willian Lira

Ifedayo Olusegun

Kelab Liga Super, Kedah Darul Aman (Kedah) memilih bekas penggempur Selangor dan Melaka United, Ifedayo Olusegun sebagai pengganti Willian Lira yang meninggalkan pasukan itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Kedah di laman media sosial mereka mengumumkan ketibaan mesin gol yang sudah terbukti kehebatannya di kancah Liga Malaysia.

Menurut Kedah, Ifedayo akan mengisi kouta sebagai pemain import Asia selepas pemain berasal dari Nigeria itu mempunyai kerakyatan Bahrain.

Walaupun Ifedayo kini sudah sah menjadi pemain Kedah, namun mereka perlu menunggu tempoh pendaftaran pemain yang ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) bagi jendela perpindahan yang akan dibuka pada 5 Julai ini.

Mangsa pertama Ifedayo bersama-sama Kedah dijangka adalah PDRM apabila kedua-dua pasukan ini akan bertemu sesama sendiri pada 9 Julai.

“Tidak asing dengan Liga Malaysia, nama Ifedayo kembali dan kali ini pasukan Sang Kenari menjadi medan terbaik beliau.

“Penampilan pertama Ifedayo dijangka pada aksi bertemu PDRM di Cheras pada 9 Julai ini memandangkan tingkap perpindahan pemain dibuka bagi pendaftaran pemain bermula 5 Julai ini,” kata Kedah dalam kenyataan mereka.

Kehadiran Ifedayo ini dilihat bakal menjadi senjata baharu Nafuzi Zain untuk membawa Kedah kembali mencabar kedudukan atasan Liga Super.

Walaupun beliau bolehlah dianggap sebagai kuda tua kerana faktor usianya yang kini 32 tahun, namun dalam bola sepak moden pemain ini pastinya masih boleh mempunyai ketajaman penyudah yang mampu memberi igauan kepada pasukan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN