Kedah Dan Sagan Tosu Jalinkan Hubungan Kerjasama

Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) mengorak langkah ke hadapan apabila memulakan kerjasama pembangunan bolasepak bersama kelab J-League, Sagan Tosu sekaligus bakal menjadi kelab yang pertama Liga Super berkerjasama secara rasmi dengan kelab dari Jepun itu.

Menurut kenyataan di laman facebook KFA, Presiden KFA, YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir telah mengadakan perjumpaan bersama Pengarah J-League, Minoru Takehara yang juga merupakan pemilik kelab J-League iaitu Sagan Tosu dalam siri lawatan ke China dan Jepun.

Perjumpaan tersebut turut dihadiri Fernando Torres, pemain penyerang kelab Sagan Tosu dan pihak KFA menerima reaksi positif yang bakal melihat usahasama pertama pasukan bolasepak di Malaysia bersama kelab J-League.

Mereka turut membincangkan cadangan pembangunan bolasepak dengan Jepun untuk dimanfaatkan oleh pengurusan dan juga bakat muda bolasepak di Kedah.

FOTO: KFA

“Perjumpaan semalam bersama Takehara sudah semestinya adalah langkah awal untuk Sebagai menghargai kunjungan YAB Dato’ Presiden KFA, Takehara bercadang untuk ke Kedah sebagai lawatan rasmi kelab Sagan Tosu dan wakil J-League dalam memuktamadkan kerjasama pembangunan bolasepak yang dirancang,” kata kenyataan daripada KFA.

Kedah sebelum ini menjalinkan hubungan kerjasama dengan kelab English Premier League, Cardiff City Football Club dan kelab Hyundai A-League, Perth Glory FC, kini mereka mengorak langkah ke Jepun.

Hasil dari kerjasama pembangunan bolasepak sebelum ini, 14 pemain dan seorang jurulatih telah mendapat manfaat dengan program latihan selama sebulan bersama kelab professional antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN